Music Box Of Me

Sunday, September 20, 2015

Monolog Pelangi Kehidupan...

Ku lihat pelangi petang melingkar...
Mewarnai alam selepas turunnya hujan..
Begitu indah ciptaan tuhan..
Menggabungkan warna-warna menjadi satu..
Setiap warna memainkan watak tersendiri..

Begitu juga kehidupan didunia ini..
Dihiasi pelbagai ragam dan watak..
Cuma kita sahaja yang tahu..
Bagaimana cara membawa ragam dan watak itu...
Seperti dipentas teater dan drama...

Senyum, sedih, marah, kecewa..
Juga seperti warna pelangi...
Bezanya pelangi itu sentiasa indah...
perasaan itu hidup dan sentiasa berubah...

Aku bersyukur dilahirkan didunia ini...
Dalam usia yang panjang...
Tidak seperti pelangi hanya sementara...
Keindahan yang seketika...

Aku mampu melihat keindahan ragam dan watak manusia..
Dan aku coretkan setiap dari mereka..
Cerita-cerita dari watak mereka...

Aku hargai pemberian tuhan ini...
masih berdiri dan masih teguh dibumi ini,..
Akan ku catankan setiap kisah..
Menjadi sesuatu yang indah dan menjadi sejarah...
yang akan sentiasa tersemai diingatan...
Buat mereka yang aku sayangi....

No comments:

Post a Comment