Music Box Of Me

Thursday, September 19, 2013

kertas kita

Telah terbentang kertas kehidupan…
Menunggu lakaran dan warna…
Tercoret kisah kita…
Cerita persahabatan…

Terimbas kembali kenangan…
Segalanya penuh rona keindahan..
Terlukis suka duka kita bersama…
Dan kita menggenggam sebuah impian…
Untuk terus melangkah menggapai ke angkasa..

Masih terlukis  di kertas itu…
Akan cerita perpisahan kita…
Membawa haluan kehidupan baru…
Tatkala air mata berlinang di ruang kelopak mata…
Kau hilang dalam kabus cerita kita…

Kini cerita itu aku simpan…
Di sudut hati…
Menyimpan segala memori kita…
Dan harapan daku tinggi menggunung…
Satu hari nanti kita pasti bertemu kembali..

Menyingkap semula tabir persahabatan kita..

Wednesday, September 18, 2013

Khayalan..

Dalam gelap aku masih mencari…
Cahaya yang mampu menerangi diriku…
Namun pencarian aku terhenti …
Saat kau hulur tangan ..
Lantas kau menarik diriku mencapai sinar…
Ku semat janji  dihati..
 agar suatu hari….
Kita bisa bersama…

Tapi itu semua sekadar mimpi…
Kau hanya khayalan…
Dan aku… tak mungkin dapat memilikimu….
Terjatuh aku dalam ruang kecewa…
Melepas segala rasa yang tersimpan…
Maafkan aku..  menyimpan hatimu….

Masih terbayang dirimu…
Dalam biasan cermin jiwa…
Biarkan aku merasakan kasihmu…
Walaupun aku tahu.. aku tak akan mampu memilikimu…
Kerna kau hanya khayalanku…


Tuesday, August 27, 2013

diari hati untuk mu..

hati masih rindu...
tapi kau tak mungkin rasa apa yang aku rasa..
cinta yang aku semai tanpa kau ketahui..
hanya tersimpan elok didalam hati...
setiap kali aku berdepan dengan kau..
aku sorok sehabis mungkin perasaan ini...
dan tak mungkin sekali aku luahkan pada kau yang aku sayang...

tiap kali aku menangis, kau keringkan air mata aku...
tiap aku dalam kegelisahan, kau tenangkan hati aku...
sejak kau hadir, aku dapat rasa kebahagiaan itu...
tapi aku tak mungkin dapat memiliki hati kau...
kerana aku tahu, kau bukan untukku...
terkadang aku termenung mengenangkan perasaan yang bermain dihati...
tapi aku terus bersabar...
dan aku akan terus cuba sedaya upaya untuk buang perasaan itu...
kerana aku tahu...
kau tak mungkin akan jadi milik aku...
tak mungkin... tak akan...
aku yakin akan itu...
biarlah perasaan ini hanya menjadi penghias hati...
biarlah kau menjadi milik aku...
walaupun ia sekadar dalam mimpi...
dan biarlah ia menjadi mimpi indah dalam hidup...

Ya Allah...
aku redha kerana aku tahu dia tak akan jadi milik aku...
aku serahakan kepadamu takdir hidup aku...
kau berilah kebahagiaan kepada dia...
temukanlah dia dengan seseorang yang mampu bahagiakan dia...
sesungguhnya aku cintakan dia...
dan aku mahu dia bahagia...
aminn....


sayang....
kau akan sentiasa berada dihati aku...
kerana engkau telah berjaya menawan cinta aku...
terima kasih kerana sentiasa ada bersama aku..
dan aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau...
biarlah aku simpan perasaan ini...
dan aku mahu kau tahu yang aku sentiasa ada untuk kau...


Saturday, July 6, 2013

cerpen.... you're my wonderful dream...


assalamualaikum....

ape khabar sahabat semua.... hari ini penulis nak share cerpen yang penulis tulis sendiri.. sendirian berhad tau... mungkin ada sedikit kelainan dalam cerpen penulis nie... ape yang lain nya.??? haaa... bace la sendiri.... penulis sangat minat menulis... dan ini adalah salah satu hasil penulisan dari tangan penulis sendiri... selamat membaca dan harap enj0y...

p/s: ( cerita hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan sama ada yang hidup atau yang telah meniggal dunia... kalau terasa maaf la ye..)

..................................................................................................................................................................

Cinta bukan sahaja boleh terjadi antara kita dan orang di depan mata. Tapi cinta juga boleh jadi antara kita dan orang yang jauh dari kita. Tak kira lah dalam negara atau luar negara. Ada yang berpendapat bahawa “Cinta juga boleh membawa bahagia dan cinta juga lah yang membawa derita”. Betul ke.? Kenyataan itu tidak bermakna langsung bagi aku yang menganggap cinta itu sentiasa membawa bahagia. Sebab tidak ada cinta yang membawa derita kerana derita itu kita sendiri yang cipta dan bahawasanya cinta itu akan sentiasa manis bergantung pada pembawakan pasangan itu sendiri. Kalau kita tengok ada sesetengah orang nak bercinta dengan artis lah, ahli korporat lah, orang kaya lah, tapi ikhlas ke.? Atau hanya nak harta atau populariti je.? Persoalan yang masih samar-samar jawapannya.Kisah yang bakal aku ceritakan ini adalah kisah cinta yang mungkin korang semua tak percaya. Ye. Memang korang tak akan percaya. Sebab kisah cinta yang terjadi ini adalah cinta antara budaya yang sangat-sangat jauh perbezaannya. Nak tau lebih lagi.?? Hmmm... okay.. cerita nya bermula dengan seorang gadis yang bernama Lily Chenta Misya. Nama pelik.? Hehe…bunyi macam ala-ala luar Negara pun ada kan.? Dia islam. Manis, cantik, putih gebu kulitnya, mata sepet ala Korea gitu,rambut panjang sampai pinggang keperang-perangan. Biasa la. Mak dia orang Korea. Jadi, ada turunlah juga kat anak. Berusia 22 tahun. Masih lagi bujang. Single lagi. Dia bekerja di syarikat ayah dia. Besar juga sebab ada anak syarikat kat Soeul, Korea. Tak lama lagi dia akan dihantar ke sana. Untuk menguruskan anak syarikat yang berada di Korea. Dia seorang yang lemah lembut tapi tegas bila bekerja. Tapi dia ni ada masalah sikit bila dengan lelaki. Garangnya tak ingat. Sebab tu sampai sekarang dia masih lagi solo. Tak ada siapa nak dekat. Hmm... sabar je la.. jom kita dengar apa kisah dia ni.







Malam yang indah diterangi cahaya bintang berlalu, berganti pula dengan matahari yang mula menjengah ke kaki langit. Sinar pagi mula menyinari bumi, embun menitis menyegarkan lagi pagi itu. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Kebiasaan Lily akan bangun untuk bersiap ke tempat kerja. Bingkas dia bangun membuka almari pakaiannya yang penuh dengan baju-baju yang bergaya dan berjenama. Masih terpinga di depan almari. “hmmm... nak pakai baju apa hari ni. Banyak sangat baju, ni la akibatnya. Padan muka kau Lily.,” rungutnya sendiri. Setelah agak lama didepan almari itu lalu dia mencapai set lengkap pakaian formal ke pejabat kerana dia baru teringat yang dia ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah dari anak syarikat papanya di Korea pagi itu. Tanpa berlengah dia terus mandi dan bersiap. “ oke-oke la. Tak yah la nak tebal sangat. Buruk je nanti.” Belek wajahnya di depan cermin yang telah siap di pakaikan alat solek. Bergaya simple tapi dia tetap menawan.

“Good morning papa...” sapa Lily pada Datuk Mukhriz, papa kesayangannya. Sejak mamanya, Datin Miranda Yoeng Abdullah meninggal dunia akibat melahirkan Lily, papanya sahaja tempat dia mengadu dan bergantung. Lily sangat manja dengan Datuk Mukhriz kerana Lily sahajalah satu-satunya waris yang dia ada. “ good morning anak papa.. hai, cantiknya anak papa hari ni. Ada apa-apa yang special  ke yang papa tak tau.?” Tegur Dtuk Muhkriz pada Lily yang sentiasa kelihatan menawan dimatanya. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. “ala papa ni. Ada-ada je nak kena kan Lily pagi-pagi ni. Takde lah. Hari ni kan kita ada meeting  dengan Ahli lembaga pengarah dari syarikat papa kat Korea tu. Papa dah lupa aeh... papa nie pun...” balas Lily bersahaja. Datuk Mukhriz fikir sejenak. “ ha’ah la sayang.. papa lupa.. nasib baik Lily ingatkan. Kalau tak, papa datang lambat tadi.” Kata Datuk Mukhriz sambil meletakkan semula surat khabar yang dibacanya sebentar tadi. Lily tersenyum melihat gelagat papanya bila menggelabah. Setelah bersarapan, mereka bergerak ke pejabat sebelum mesyuarat bermula.

Begitulah rutin harian mereka. Menguruskan syarikat agar sentiasa berada didalam keadaan yang stabil dan berjaya. Harapan mereka sangat tinggi kerana itu janji mereka pada arwah mama Lily. Setibanya di pejabat, Lily terus ke bilik mesyuarat sambil membawa beberapa dokumen penting untuk di bentangkan didalam mesyuarat itu nanti.  Lily sampai tepat pada waktu. “ good morning everyone. I am so sorry because i’m late to this meeting with you all. We will wait for the chairman. He is on his way to the meeting room.” Lily tidak kekok berbicara walaupun tetamunya adalah orang asing. Itu yang membuat hati seorang jejaka Korea terikat dengannya. Siapa.? Baek Seung Jo. Kacak, bergaya, tidak materialistik dan dia agak peramah dengan orang tapi dia jenis tidak banyak bercakap. Dia cuba menegur Lily yang betul-betul berada disebelahnya ketika itu namun Lily dahulu yang memperkenalkan dirinya pada Seung Jo. “ anyoenghaseyo, my name is Lily Chenta Misha.” Senyum atas dasar kerja. Itu lah dia Lily. “ anyoenghaseyo, Baek Seung Jo.” Begitulah Seung Jo yang sentiasa merendah diri di hadapan wanita. Mesyuarat mereka pun bermula. Mesyuarat selama 2 jam itu penuh dengan isi yang sangat bagus dari Lily. 5 minit sebelum mesyurat berakhir, Datuk Mukhriz menyampaikan sepatah dua kata. “ I would like to thank to all of you because willing to come to Malaysia for this important meeting. As the grant, I will send my daughter Lily Chenta Misya to our branch in Korea to co-operate with all of you to succeed our new project. I hope you will accept my grant to you. Lastly, thank you so much and have a nice day.” Maka berakhirlah sudah mesyuarat itu. Mereka bersurai sambil bersalaman antara satu sama lain. Lily beramah mesra di jamuan yang telah disediakan di dewan itu. Soeng Jo megambil peluang itu untuk terus mendekati “wanita besi” itu. “ Lily, nice presentation. I agree with all of your idea.” Dia memulakan bicara. “ ouh.. Seung Jo shii.. thank you. I appreciate your words. Well, nice to meet you. I heard that you are someone who didn’t like talk too much. Is it true.? Then, this is my first time i saw you in the meeting. Are you new in our branch.?” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Seung Jo. Terpinga sebentar melihat kepetahan Lily berbicara. Dia tersenyum sambil menyusun kata-kata. Manis senyumannya. Lily terpegun seketika. “ yes. I am new in your company. I am transferred from my father’s company to your branch. My father want me to have more experience in business. Well, looks like you know me earlier than I know you. How do you know more about me.? Because I think we just meet for the first time at the meeting. You are such an intelligent person. It’s out of my mind..” Seung Jo kagum dengan kepantasan Lily mengenali dirinya sedangkan mereka baru sahaja berkenalan. Nampaknya Seung Jo sudah ada imaginasi yang tinggi untuk mendekati “wanita besi” itu. Sungguh tidak pernah dia jangka perkenalan yang singkat itu sudah membuat dia tertawan dengan gadis berdarah Melayu-Korea itu. Dia terseyum sendiri di bilik hotel selepas pulang dari mesyuarat tadi. Adakah ini satu permulaan yang baik untuk dia mendekati gadis itu.? Tapi banyak persoalan bermain difikirannya.

Lily sangat dedikasi didalam bekerja. Tidak mengenal waktu siang atau pun malam, selagi tugasnya tidak sempurna, dia tidak akan pulang ke rumah sehingga selesai. “ hurrmm.. siap pun...”  dia bangkit dari duduk yang agak lama tadi dan melakukan senaman ringan. Keletup!! Bunyi pinggangnya. “fuuhhh.. lega.. dapat dengar bunyi, dah okay lah nie. Time to go home..!” senyum Lily setelah berpuas hati dengan kerjanya. Lampu serta air-cond dimatikan. Dia berlalu pulang ke rumah. Kedengaran lagu “ i’ll be back” dendangan kumpulan 2pm dari telefon bimbit Lily. Pantas dia menjawab panggilan. “ hello papa.. Lily dalam perjalanan balik rumah nie. Sorry tak bagitau papa yang Lily balik lambat. Ada kerja sikit tadi yang Lily kena siapkan.” Rayu Lily. “ papa faham.. tapi lain kali bagitau papa dulu okay.. papa risau tau tak.. dah.. cepat balik.. dah malam nie.” Bebel Datuk Mukhriz pada anak kesayangannya itu. Lily memutuskan  panggilan. Tersenyum Lily bila mendengar bebelan papanya itu. Pecutan terus dilakukan agar Datuk Mukhriz tidak bimbang lagi jika dia sampai kerumah lebih cepat. Kereta Nissan Almera diparkir dihadapan rumah. Kelihatan lampu bilik Datuk Mukhriz masih lagi bernyala. Sah dia tak tidur lagi. Lepas nie mesti kena dengar ceramah dia dulu. Getus hati Lily. Perlahan dia menuju masuk ke rumah. “ Lily, amboi... tak bagi salam pun. Pakai masuk je... Seung Jo masuk pun bagi ucap selamat dulu. Lily tak bagi salam pun kat papa.?” Tegur Datuk Mukhriz yang sudah tahu taktik anak perempuannya kalau pulang lewat. Eh.. kenapa ada nama Seung Jo pulak nie.? Soal Lily dalam hati. Apabila dia menoleh, dia terperanjat melihat Baek Seung Jo tersenyum melihat gelagatnya macam pencuri masuk rumah. “ ehe.. err.. papa... hai Seung Jo.. kenapa dia datang rumah kita papa.? Rasanya waktu pejabat dah habis. Hmmm..” tersengih-sengih melihat Datuk Mukhriz bersama Seung Jo di ruang tamu. Dia masih tidak tahu apa tujuan Seung Jo berada di rumahnya malam itu. “ meh sini.. papa nak cakap sikit.” Lily hanya mengikut perintah.. dia menundukkan sedikit pandangannya kerana  malu. Seung Jo masih lagi tersenyum melihat gelagat Lily yang agak melucukan tapi comel. “ tujuan papa suruh Seung Jo datang nie sebab papa nak dia yang akan uruskan kamu sepanjang Lily berada di Korea nanti. Dia akan jadi mata-mata papa dan dia jugak akan sentiasa ada untuk Lily. Mana-mana Lily nak pergi, mesti kena bawak Seung Jo. Sebab dia orang sana... faham sayang.?” Terbeliak mata Lily apabila mengetahui bahawa Seung Jo yang akan teman dia sepanjang di Korea. Jelingan malu diajukan kepada Seung Jo. “ tapi papa kenapa dia... bagi la perempuan.. kenapa bagi lelaki pulak nie.. kalau perempuan, senang sikit nak berurusan. Kalau lelaki nanti tak kan hal perempuan pun dia nak campur..” rungut Lily. Dia masih inginkan penjelasan dari Datuk Mukhriz tentang tujuannya itu. “ bukan papa tak nak bagi.. boleh je.. tapi kalau lelaki, dia bole protect Lily kalau apa-apa jadi nanti.. so papa takde la risau sangat. Keluarga dia ada.. nanti jumpa la.. papa kenal dengan kelaurga dia nie” jelas Datuk Mukhriz pada Lily. Baru lah Lily faham niat sebenar papanya itu. Demi papa, dia berfikiran positif. Aku takkan terpikat pun dengan dia. Tak akan.. dia Cuma rakan sekerja aku. Ya.. rakan sekerja.. katanya dalam hati. Lily termenung di bilik tidurnya. Pakaian semua sudah dikemas. Dari kecil hingga dia dewasa, semua kerja rumah dia akan lakukan. Kecuali jika dia tidak ada dirumah, orang gajinya akan membantu. Datuk Mukhriz mendidik Lily agar terbiasa dengan perkataan Berdikari supaya bila dia mula hidup sendiri nanti, dia tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak terlalu bergantung pada orang.

Tibalah masa yang di nantikan. Lily akan bertolak ke nagara asal ibunya iaitu Korea. Seung Jo akan menunggunya disana. “ papa.. jaga diri baik-baik tau. Lily jauh dari papa nie. Nanti raya baru Lily balik raya dengan papa.” Pesan Lily pada Datuk Mukhriz. Lily sangat risaukan kesihatan Datuk Mukhriz yang tidak berapa sihat. “ jangan risau lah. Nenek ada boleh jaga papa. Lily elok-elok kat negara orang ya sayang. Rajin-rajin lah telefon.. jaga amanah papa elok-elok okay. Buat ynag terbaik demi syarikat kita yang semakin maju nie.” Pesan Datuk Mukhriz pada Lily. Dia tahu Lily masih muda untuk semua ini tapi dia juga tahu Lily sudah pun bersedia memikul tanggungjawab besar ini kerana dia lah satu-satunya waris tunggal Artemis Design. Lily bertolak ke Korea dengan harapan baru agar syarikat terus maju dan menghasilkan lebih banyak design baru untuk pengguna. Artemis Design  adalah syarikat yang menghasilkan barang kemas berkualiti tinggi dari Korea dan Malaysia. Barang perhiasan diri dari wanita sehingga kepada pengguna lelaki dihasilkan untuk mereka yang gemar pada fashion. Harapan Lily agar dia dan syarikat dapat menghasilkan lebih banyak rekaan terbaru untuk pengguna mereka. Seung Jo menunggu di lapangan dengan penuh sabar. Tiba masuk pessenger yang baru tiba di lapangan. Seung Jo ternampak Lily berjalan sambil mencari sesuatu. Seung Jo tersenyum sambil melambai tangan pada Lily. Gembira melihat Seung Jo yang telah tiba di lapangan awal dari jangkaannya. Terpegun seketika melihat cara Seung Jo berpakaian. Biasa tapi bergaya di matanya. Berbaju T, berseluar jeans, berjaket biru tua yang nampak bergaya serta berkacamata hitam. Sangat kacak.. hampir terjatuh Lily dibuatnya. “ anyoeng..” ringkas sambutannya. Senyuman yang cukup menghilangkan penat Lily sepanjang berada di dalam kapal terbang. “anyoeng..how long you waiting for me.?” Soal Lily pada Seung Jo. Dia takut sekiranya Seung Jo menuggu lama. “ I should waiting for you even for 3 hours because the time for the aeroplane arrived is out of my expectations. Am I right.?’ Betul juga apa yang Seung Jo katakan tu. Kadang-kadang kita tak boleh jangka kapal terbang sampai pukul berapa. Jadi kena tunggu awal lah walaupun untuk 3 jam.. hurmm.. kesian dia. “ I’m sorry because make you waiting for me for 3 hours.” Lily meminta maaf pada Seung Jo. Comel wajah Lily jika dia rasa bersalah. Entah kenapa apabila dengan Seung Jo, dia berasa selesa sangat dan tidak ada perasaan nak marah atau benci. Apa maksud perasaan nie.? Lily masih pertikaikan perasaanya itu. Belum masanya.. getus hatinya.

“welcome to my house..” sambut Seung Jo sambil membuka pintu ruamhnya dengan kunci. “ your house.? But why? And where do you live if I’m staying here?” soal Lily yang terkejut apabila Seung Jo memberi rumah untuk dia duduk sepanjang berada di sana. “don’t to worry. I will stay at my parents house. My family know that you will come to Korea. Then, they give a permission to you to stay in my house. So, from now, this is your house. Let me show your bedroom.” Lily mengekori Seung Jo ke bilik tidurnya. “ this is your bedroom. I had clean it up and I design as a girl room.” Terang Seung Jo. Cantiknya.... puji Lily dalam hati. “ you did this for me.? Thanks so much. But this house is too big for me to stay alone. Can you accompany me because this is your house right.?” Lily sememangnya tidak berani duduk dirumah seorang kerana dia agak takut dan tidak biasa jika tiada orang yang temaninya dirumah. Seung Jo berfikir sejenak dan meminta izin keluarganya untuk menemani Lily dirumah. “ my family give a permission to accompany you in here. So, don’t worry.. I will stay with you. I will take care of you.” Janji Seung Jo pada Lily. Gembiranya hati Lily bila keluarga Seung Jo membenarkan dia untuk tinggal bersama. Jadi Lily tidak berasa takut lagi kerana ada orang yang temaninya dirumah.

Dari situlah perkenalan mereka menjadi lebih rapat. Lily mula merasakan sesuatu yang berlaku didalam hatinya apabila bersama dengan Seung Jo. Dia merasakan yang hatinya berdebar-debar. Jantungnya berdegup laju.. kenapa aku rasa macam ni? Bisik Lily. Dia seakan tidak percaya bahawa hatinya sudah terpaut dengan Seung Jo. Dia cuba abaikan perasaanya sekali lagi. “hausnya..” Lily merungut. Dia pun keluar dari bilik untuk kedapur. Keluar sahaja dari bilik, dia ternampak pintu bilik Seung Jo terbuka sedikit. Dia cuba menutup rapat tapi dia terpandang Seung Jo yang terlena disofa biliknya. Senyuman terukir dibibir Lily. Kesiannya.. buat kerja sampai lewat malam. Dia cuba membantu Seung Jo mengemas mejanya yang bersepah itu. Menutup laptop Seung Jo. Setelah siap mengemas dia mengambil selimut Seung Jo dan diselimutkan ke atas badan Seung Jo. Tiba-tiba dia rasa ingin lama dibilik Seung Jo. Dia duduk disisi Seung Jo yang telah lena dibuai mimpi itu. Direnung wajah Seung Jo. Comelnya dia tidur.. getus hati Lily. Seketika dia merasa ingin dibelai wajah Seung Jo. Walau dipaksa jangan tapi dia tidak mampu menolak kehendak hati. Sekejap tangannya sudah membelai wajah Seung Jo yang masih lena itu. Halus kulitnya, putih semula jadi, bibirnya kecil. Patutlah dia senyum menawan. Mana-mana gadis pun pasti terpikat. Tapi kenapa sampai sekarang dia masih solo.? Persoalan yang tiba-tiba menerpa dalam fikirannya. Kenapa awak yang saya sayang.? Sedangkan ramai lagi lelaki yang cuba dekati saya tapi kenapa awak berjaya lepasi tembok hati saya yang keras ni.? Soal Lily dalam hati. Tangannya masih merayau di wajah Seung Jo. Tiba-tiba kucupan singgah didahi Seung Jo. Ternyata Lily sudah jatuh cinta dengan Seung Jo. Dia tidak lagi mampu menafikan perasaannya. Air mata mengalir ke pipi Lily. Cepat-cepat dia keluar dari bilik Seung Jo sebelum Seung Jo terjaga kerananya. Lily sedih kerana cintanya bukan seagamanya dengannya. Walaupun ibunya dulu bukan islam dan sanggup seagama dengan papanya, tapi sanggupkah Seung Jo berbuat demikian demi cinta mereka.? Lily tahu Seung Jo juga cintakan dia tapi perbezaan mereka amat jauh sekali. Lily tidak sanggup rasa kecewa kerana kehilangan cinta. Sebelum apa-apa terjadi, dia perlu buang perasaan itu agar tiada konflik antara mereka berdua. Lily memejamkan matanya dan cuba melupakan segalanya.
Hampir seminggu Lily tidak bertegur dengan Seung Jo. Makan, kerja, walaupun mereka sentiasa bersama,namun tidak sekali pun Lily bercakap dengan Seung Jo. Jam 2 petang waktu Korea, Lily bersiar-siar di taman mengambil udara nyaman. Seung Jo datang dari belakang menarik Lily ke sebuah tempat. “why are you so quite with me for one week.? Am I do something wrong with you.?” Soal Seung Jo pada Lily namun masih tida jawapan dari gadis itu. Seung Jo mendesak akhirnya Lily bersuara. “ stop forcing me.! I’m in confused. Please don’t force me to make a confession to you. Please understand me..” Lily menangis tiba-tiba setelah beberapa kali didesak Seung Jo. “ why are you act like this.? Please explain to me. I want to know the truth.” Soal Seung Jo lembut sambil memegang bahu Lily. Direnung mata Lily dengan penuh kasih sayang. “ I love you. I love you so much. I realize that my heart beating so fast when you with me and I can’t live without you.” Lily membuat pengakuan pada Seung Jo. Wajah jejaka itu bertukar menjadi sayu. Dia tahu gadis kesayangannya itu sudah mula cintakannya sejak mereka sentiasa bersama walau kemana pun mereka pergi. Gadis itu betul-betul inginkan perhatiaannya dan dia juga sedar ketika  Lily membelai wajahnya ketika tidur. Lily tidak dapat menahan air matanya lalu dia tinggalkan Seung Jo seorang di taman. Semasa dirumah, Lily hanya mampu termenung  melihat cahaya bulan dan bintang. Dengan secara tidak sedar, Lily dipeluk dari belakang oleh Seung Jo yang inginkan gadis itu sentiasa aman disisinya. “ sarangheyo. Deomeol sarang han da goe.” Erat pelukan Seung Jo setelah perasaannya diluah pada Lily. Hangat pelukan itu membuat Lily semakin hiba dan tak mampu kehilangan Seung Jo. Dipusingkan badannya menghadap Seung Jo agar mereka berhadapan. Masih dengan air mata yang tak henti mengalir. “ we are different. I have my religion. You too. How it can be.? Don’t you think about it earlier.?” Lily persoal tentang agama mereka. Lily cuba berlalu meninggalkan Seung Jo namun Seung Jo sempat menahan. “ if your mother can do before, why not me.? You have to believe in me.” Seung Jo cuba meyakinkan Lily yang dia juga mampu lakukan seperti mana mama Lily pernah lakukan dulu. Namun Lily tetap berlalu dengan air matanya itu. Seung Jo hanya mampu mengeluh dan dia tak kan berputus asa sehingga dia berjaya meyakinkan Lily bahawa dia juga boleh melakukan perkara yang sama.

Cuti masih bersisa lagi 3 hari. Lily masih dalam keadaan yang sama. Hanya taman bunga sahaja teman yang ada. Dia masih berfikir tentang apa yang Seung Jo katakan sebelum ini. Seketika Lily terkenang saat manis perkenalan mereka dulu. Bahagia sangat. Seung Jo seorang jejaka yang baik hati, kacak, bergaya, bijak, menghormati orang lain dan paling penting senyumannya itu yang membuat Lily terpikat. Sampai bila aku mesti layan dia macam ni. Aku kena yakin yang dia mampu bahagiakan aku. Kalau arwah mama dengan papa dulu bahagia walaupun mama asalnya bukan islam, kenapa aku tak bagi peluang tu pada Seung Jo.? Ya.. aku mesti bagi peluang tu. Lily berkata pada hatinya. Bergegas dia pulang kerumah. Tapi rumah sunyi. Hatinya mula tidak senang. Dia berlari ke tingkat atas dan terus menuju ke bilik Seung Jo. Alangkah terperanjatnya apabila terlihat Seung Jo terlantar di lantai bilik dengan keadaannya yang tidak bermaya. Wajahnya pucat. Lily membantu Seung Jo ke katilnya. “Panasnya badan dia.” Kata Lily setelah merasa bahang dan suhu badan Seung Jo meningkat. Dia bergegas mengambil tuala dan air untuk dituam di kepala Seung Jo. Badan Seung Jo diselimutkan. Dituam agar suhu badan Seung Jo menurun sedikit. Seung Jo mula sedar dari tidurnya yang dirasakan lama itu. Dia membuka mata dan menyedari Lily terbaring di sebelahnya. Dibelai wajah kesayangannya itu. Lily terjaga dan terlihat Seung Jo sudah celik dari tidur. “ how are you feel today.?” Digenggam tangan Seung Jo erat agar dia berasa sentiasa dekat dengan Seung Jo. “ I am feeling better after seeing you besides me.” Seung Jo bergurau dengan Lily. Senyuman terukir dibibir mereka. “ I’m going to make a porridge for you okay dear..” Lily bangun dari baringannya itu. Lekas Seung Jo menarik Lily. Hampir terbaring semula. “ promise you will be back” kata Seung Jo yang sangat inginkan perhatian dari Lily semasa sakitnya. “ I’ll promise” janji Liliy setelah siap hidangan, dia akan temani Seung Jo. Lily menjaga Seung Jo dengan penuh kasih sayang. Terserlah cinta mereka. Lily telah berjanji yang dia tidak akan meniggalkan cintanya itu lagi. Hanya takdir yang akan memisahkan mereka. Lily menyediakan bubur kesukaan Seung Jo. Dibuat dengan kasih sayang dan perasaan cinta. “ your food is ready. Get up and eat this porridge.” Lily menyuap dengan senyuman dan perasaan sayang yang teramat sangat terhadap kekasih hatinya itu. Entah mengapa dia sudah tidak kisah dengan perbezaan agama yang mereka miliki. Yang penting bagi Lily sekarang adalah kebahagiaan mereka berdua. Hari-hari yang berlalu sentiasa dengan rasa bahagia. “Good morning dear.. how are you today.?” Lily mengucap selamat setiap pagi seperti biasa tetapi pagi itu meja makan mereka penuh dengan sarapan pagi. Sarapan mereka yang biasa adalah roti bakar namun pagi itu Lily memasak menu melayu untuk disajikan kepada Seung Jo. “ what is this.? I’ve never see you cook this before.” Soal Seung Jo yang tidak tahu menu yang dimasak oleh Lily. “ this is what we call fried mee hoon. This is nasi lemak. Every morning my father like to eat this menu and i will prepare it for him. I will wake up early to prepare all this menu for my father.” Terang Lily pada Seung Jo. Dia hanya menganggukkan kepala tanda faham. Dia pun mencuba menu yang dimasak oleh Lily pagi itu. Sedang Seung Jo merasa tiba-tiba dia terdiam. Lily merasa pelik dengan kelakuan Seung Jo. “ hey dear, what’s wrong.?” Soal Lily. “ this is the best breakfast that I ever taste. Its delicious and I also think that I want to eat this every morning like your father.” Terang Seung Jo yang teruja dengan masakan Lily pagi itu. Barulah ada mood nak pergi kerja. Lily tersenyum mendegar kata-kata Seung Jo. Akhirnya dia berjaya memikat hati Seung Jo dengan sarapan pagi papanya itu. Mereka pun pergi kerja bersama dengan senyuman. “ I will see you at lunch okay baby.” Lily berpesan pada Seung Jo. “ okay dear. Love you” sambung Seung Jo. Mereka pun berlalu ke pejabat masing-masing. Baru sahaja senyuman terukir dibibir tiba-tiba Lily terpandang seseorang didalam pejabatnya. “Hae Ra, who let him come to my office.?” Soal Lily pada setiausahanya itu. “ i’m sorry miss. He said that he is your friend from Malaysia. So I let him in to your office.” Terang Hae Ra. “ he is not my friend. Its okay. Thank you” Lily melulu masuk ke pejabatnya dengan perasaan sedikit sebal melihat wajah lelaki yang berada di dalam pejabatnya itu. “ ya. Boleh saya bantu encik Harris Zaiqal.?” Lily terus duduk di kerusinya tanpa mengendahkan tetamunya itu. Hanya soalan pendek diajukan kepada Harris Zaiqal. “ sayang.... you sihat tak.? I  risau la pasal you sorang-sorang kat Korea nie.” Dia berlalu kepada Lily untuk memeluk. Lily pantas bangun dari duduknya agar dia sedikit jauh dari Harris. “ apa hal kau ada kat Korea nie.? Nak jahanamkan syarikat papa aku ke.? Simpan je la niat kau tu. Lagi, kalau kau ingat kau datang nie aku suka, memang tak la.. aku kalau boleh tak nak la tengok muka kau kat muka bumi nie lagi. Nasib baik aku tak hancur macam perempuan kau yang lain. Jangan ingat aku akan balik dengan kau jantan tak guna.!” Jerit Lily membuatkan Seung Jo lekas masuk ke pejabatnya itu. “ Lily, what’s wrong.? Is everything okay.?” Seung Jo terus memeriksa keadaan Lily yang tiba-tiba menjerit dari dalam pejabat. “i’m okay dear. Don’t worry. Just need a time to rest. I want to go home.” Jelas Lily yang sudah tidak lalu melihat Harris yang berada di depannya itu. “ well, siapa nie sayang.? You tak kenalkan pun kat I.” Dia cuba menarik tangan Lily namun Lily cepat ke belakang Seung Jo dan terus memeluk tangan Seung Jo. “ this is my fiance`, Baek Seung Jo.” Lily perkenalkan Seung Jo pada Harris Zaiqal. “ fiance`.? Sejak bila you bertunang dengan dia nie.? Bangsa apa dia nie.?” Soal Harris pada Lily. “ tak salah kan kalau aku nak bertunang dengan dia.? Dia akan tukar agama lepas kami kahwin nanti. Papa pun dah tahu pasal kami dan dia pun dah tak nak aku kenal dengan kau. Seung Jo, please bring me home.” Lily memujuk agar dibawa pulang ke rumah. “ okay. We will go home now. Sir, please. I need to bring her home now.” Seung Jo menghulur tangan ke pintu agar Harris keluar. Harris akur dan dia keluar dari pejabat tersebut. “ Hae Ra, please cancel all my appoinment. I need rest.” Pesan Lily pada setiausahanya. Dia berlalu bersama Seung Jo. Di dalam kereta, Lily tidak berkata sepatah pun. Seung Jo memerhati gelagat Lily yang pelik itu. “ Lily.” Dia menggenggam jari-jemari Lily sambil memandu. Dia tidak mahu Lily bersendirian bersama masalahnya itu. Lily menoleh ke arah Seung Jo. “what happen just now. Can you explain to me.?” Soal Seung Jo lembut sambil memberi senyuman kepada Lily. “ I just hate him so much. I don’t want to  see him anymore. Please don’t bring me there. I know he will come to see me again.” Erat geggaman Lily. Seboleh-boleh tidak mahu ke pejabat lagi kerana dia tahu Harris akan datang mencarinya lagi. Tapi penjelasan itu masih tidak memuaskan hati Seung Jo lagi. Namun dia tidak boleh memaksa dalam keadaan begini. Dia harus mencari masa yang sesuai untuk bertanya hal tersebut lagi. “ don’t worry. I will always with you.” Janji Seung Jo pada Lily. Sampai saja di rumah, Lily terus menuju ke biliknya tanpa mengendahkan Seung Jo yang dari tadi memerhati gerak gerinya itu. Dalam bilik, Lily asyik termenung mengingatkan masa lampaunya bersama Harris. Terlalu banyak konflik berlaku antara dia dan Harris dan dia berfikir perlukah dia memberitahu semuanya pada Seung Jo sebelum mereka berkahwin.? Lambat laun dia akan tahu juga memandangkan Harris berada di Korea dan Lily masih tidak tahu apa tujuan dia berada di situ.

Keesokan harinya, Seung Jo ke pejabat sendirian tanpa ditemani Lily. “ I need to go now. Take care of your self in home. Lock the door. Don’t open the door if any stranger come to this home okay.?” Pesan Seung Jo kerana bimbang keadaan Lily yang ketakutan di tinggal seorang di rumah. “ okay. Take care.” Ringkas saja jawapan Lily. Seung Jo berlalu ke pejabat. Lily menutup pintu rumah. Dia berlalu terus ke bilik tidurnya. Sekali lagi dia termenung. Entah apa yang difikirkan lagi. Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu rumah dibuka. Setahu aku, aku dah tutup pintu rumah tadi. Kunci.?! Tapi mungkin juga Seung Jo balik ambil barang tertinggal. Biar je lah. Bisik hati Lily. Namun dia berasa tidak sedap hati. Dia bingkas bangun untuk mengunci pintu biliknya. Namun belum sempat dia mengunci, pintu disentap dengan kuat sehingga Lily terjatuh ke lantai.

Alangkah terkejutnya dia apabila wajah yang dipandang itu bukan Seung Jo tetapi Harris yang sedang dirasuk hantu nafsu yang membuak-buak. “ kau nak apa datang rumah aku nie.?! Macam mana kau boleh tau rumah nie.!” Jerit Lily tapi dia pasti tiada siapa yang mampu dengar jeritannya itu. “ aku datang nak tuntut hak aku. Dari dulu patutnya aku dah ambil tapi kau putuskan pertunangan kita. Kau buat aku jadi gila tau tak.?! Sekarang cuma aku dan kau je dalam rumah nie. Huh..!! siaplah..” Harris menerkam Lily sehingga Lily merasa bagai ada raksasa yang sedang mencengkam tubuh badannya itu. “ lepaskan aku la setan.!! Kita dah tak ada apa-apa ikatan lagi. Tolong lepaskan aku..!!” jerit Lily lagi. Tiba-tiba hinggap satu tendangan dari belakang Harris sehingga membuat dia hampir melekat di dinding bilik Lily. “ Arasso.. now you try to rape my fiancee`.. take this as a reward.!” Bertalu-talu tumbukan Seung Jo pada Harris sehingga tidak mampu bergerak lagi. “ stop it now Seung Jo. He  will die if you continue doing that.! I’m fine.. please stop it.!” Rayu Lily pada Seung Jo. Dia menarik Seung Jo sekuat yang mampu sehingga dia jauh dari Harris. Harris terkulai di lantai bilik Lily penangan bantaian Seung Jo yang tidak mampu di elak. Pihak polis menahan Harris untuk dihantar pulang ke Malaysia. Dirumah, Seung Jo mengemas bahagian yang berselerak di dalam bilik Lily. “what happen between you and him.?” Serius pertanyaan Seung Jo itu. Dia sudah tidak mampu menahan marah lagi apabila berlaku perkara sebegini terhadap Lily. “ I....” Lily tidak mampu meneruskan kata-kata. “ what.!” Tengking Seung Jo. Lily terkejut melihat Seung Jo menengking sebegitu. Dia tidak pernah melihat Seung Jo marah seperti itu. Menakutkan. “ I’m sorry for what happen this morning. Actually, Harris is my ex-fiance`. And because of him, I never trust in love again. He try to do any bad thing as long as he get what he want. That’s why I break with him.” Terang Lily. Seung Jo terdiam. Dia tidak menyangka selama ini Lily pernah bertunang dengan lelaki yang dia pukul pagi tadi. Dia meletak barang di tangannya dan berlalu keluar dari bilik Lily. Dia keluar entah ke mana. Perasaan kecewa masih bersisa. Seung Jo hanya mampu termenung seorang di taman bertemankan angin malam yang sayu bertiup. “hurmmm...” dia hanya mampu mengeluh. Teringat semula kata-kata Lily. Dia pernah bertunang dengan Harris.? “argghh..!!!” dia menjerit tiba-tiba melepaskan perasaan marah yang terpendam di dalam hati. Dia pulang dalam keadaan tenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Perlahan dia membuka pintu rumah. Terlihat Lily masih belum tidur kerana menunggu dia pulang. Dia memandang jam di dinding. 3 pagi namun Lily masih setia menunggu. “ where are you going.? I’m worried about you.” Lily meluah perasaannya yang risaukan Seung Jo dari siang tidak pulang dan baru sekarang muncul. “ I don’t need you to waiting for me.” Ringkas jawapan Seung Jo. Serius dan Lily juga tahu bahawa Seung Jo masih marahkannya. Tapi dia sudah bersedia untuk hadapi semua ini. Dia juga tahu yang Seung Jo pasti tidak dapat memaafkannya kerana tidak berterus terang tentang Harris padanya. Di dalam bilik, Seung Jo hanya termenung melihat gambar Lily yang terpapar di skrin lap top. “ why you do this to me.? Why should me.?” Mengalir air mata Seung Jo. Pertama kali dia menangis kerana cinta dan betul-betul cinta. “ Seung Jo.. please. I’m sorry.. it was an accident. I know its my fault. But  can you give me another chance to change.?” Lily muncul di balik pintu yang sedikit terbuka. “ why should I trust you for once again.? This is not what I want it happen in our relationship.” Sedikit tengking terhadap Lily kerana masih marahkannya. “I’m sorry. I think I should go back to Malaysia. Maybe you need some space to think more about our relationship. If you finish thinking, I will be back to you. And I think I also need a space to calm down this situation.” Terang Lily yang sedikit kecewa dan dia tahu yang Seung Jo sangat marahkan dia. Fikiran masih bercelaru dan mungkin mereka perlu ruang untuk berfikir tentang semuanya.

Lily pulang ke Malaysia dengan harapan yang musnah dek kerana Harris. “assalamualaikum papa..” sayu suara Lily meninggalkan Seung Jo di Korea. “ wa’alaikumussalam. Eh anak papa dah balik.? Urusan dekat sana dah selesai ke.? Kenapa muka sedih je nie.? Ada masalah ke dengan hal kat sana.?” Datuk Mukhriz berasa sedikit pelik dengan keadaan anaknya yang begitu. “ papa, Harris.. datang sana.. semuanya dah musnah. Dia dah musnahkan hubungan Lily dengan Seung Jo.” Berjijiran air mata Lily mengenangkan apa yang telah berlaku di Korea. Dia tidak mampu menahan kesedihan dan tanpa ditahan air mata dia terus menangis. “ tak guna punya budak. Macam mana dia tahu Lily dekat sana.? Bukan ke kamu berdua dah putus tunang dulu.?kenapa dia masih cari Lily.? Apa yang dia nak dari Lily.? Macam mana pulak Seung Jo boleh tahu.?” Datuk Mukhriz cuba mendapatkan kepastian. “ Lily yang bagitau dia semuanya. Lily tak sanggup na menipu dia. Lily sayang dia. Lily tak nak menipu dengan orang yang Lily percaya dan Lily sayang. Sebab tu Lily balik Malaysia. Lily nak antara kami,ada ruang dan peluang untuk kami berfikir tentang hubungan nie. Lily terlalu sayangkan dia, papa. Kalau boleh, biarlah dia jadi  lelaki terakhir dalam hidup Lily. Dia satu-satunya lelaki yang mampu pecahkan tembok hati nie. Lily tak sanggup hilang dia, papa.” Dia terus menangis. Saban malam dia asyik teringatkan Seung Jo. Tapi, bagaimana pula dengan Seung Jo.? Dia rindukan Lily atau pun tidak.? Adakah dia masih marahkan Lily tentang perkara itu.? Kebetulan Lily terasa ingin melayari laman sosial Facebook. Seung Jo masih lagi friend dengan Lily. Dia melihat setiap status rakan-rakannya. Tiba-tiba dia terpandang status Seung Jo. “ I still need you by my side. Pelase come back to me. I miss you so much.” Air mata Lily berguguran serta merta melihat status Seung Jo. Rupanya Seung Jo juga merinduinya. Tapi dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Seung Jo tentang kejadian beberapa minggu lepas. Namun hatinya meronta-ronta ingin pulang ke Korea mencari kekasihnya itu. Tapi dibiarkan saja begitu. Dia mahu hatinya benar-benar tenang dan betul-betul bersedia untuk berhadapan dengan Seung Jo.Dia pasti cintanya itu kuat terhadap lelaki itu. Sebab itu dia masih tidak pulang ke Korea.
Keadaan Seung Jo semakin teruk. Entah kenapa sejak Lily pergi meninggalkannya seorang di Korea, dia semakin tidak tentu arah. Masanya dihabiskan dengan termenung dan memandang gambar Lily. Keluarganya sudah mencuba bermacam-macam cara termasuk perkenalkannya dengan wanita lain namun masih tidak berjaya. Memang hatinya kuat  dan cintanya hanya untuk Lily seorang. “Lily” hanya nama itu yang terpacul setiap kali tidurnya dibayangi mimpi gadis itu. Di sebabkan keadaan itu, Seung Jo jatuh sakit dan terlantar di hospital untuk beberapa ketika. Adik Seung Jo, Shin Ma tidak mampu menahan sebak melihat abangnya merana kehilangan Lily yang dicintai. Dia berusaha utnutk mencari Lily di Malaysia. Apa yang perlu dilakukan ialah mencari alamat rumah Lily di Malaysia dan merayu agar Lily pulang ke pangkuan abangnya itu.  Tiba di Malaysia, dia tidak membuang masa dan terus ke alamat rumah Lily. “ excuse me sir, is this Lily Chenta Misya house.?” Shin Ma bertanya pada pengawal rumah itu. “ yes it is. Who are you.?” Balas pengawal rumah tersebut. “ I’m Lily’ friend from Korea. I need to see her. Can I.?” Tanya Shin Ma. Dia benar-benar ingin berjumpa dengan Lily. “ of course. I will call her. Please wait a minute and seat here while i try to call her.” Terang pengawal rumah itu. Dia membuat panggilan ke dalam rumah. Ternyata Lily berada di rumah. Dia membenarkan tetamunya itu masuk dengan iringan pengawal rumah tersebut. Shin ma duduk di kerusi ruang tamu rumah Lily. Dia melihat sekeliling ruang rumah itu. Sedang asyik dia melihat tiba-tiba dia terpandang satu gambar yang terletak elok di atas sebuah meja khas yang dipenuhi gambar-gambar Lily. Gambar itu seperti pernah dia lihat. Diperhati betul-betul rupanya gambar itu adalah gambar Lily bersama abangnya Seung Jo. Wajah yang penuh dengan keceriaan dan kasih sayang. “ seems like she still love my brother. This is my chance to tell her the truth.” Bisiknya perlahan. Lily turun dari tangga rumahnya dengan tenang. “ Shin Ma.??” Lily terkejut apabila melihat tetamunya itu adalah adik Seung Jo. Shin ma berdiri tanda hormat pada Lily. “ i’m sorry because come without telling you. I have something to tell you.” Terang Shin Ma pada Lily. Lily menjemput Shin Ma duduk semula. “ how is he.? Is he fine.?” Soal Lily pada Shin Ma namun gadis itu hanya mampu tertunduk dan menangis. Lily pelik dengan gelagat Shin Ma. Kenapa dia menangis.? Apa yang dah jadi.? Bisik hatinya. “ what’s wrong with him.? Is there anything wrong with him.?” Bertalu-talu soalan Lily pada Shin Ma yang hanya membisu dari tadi. Shin Ma cuba berhadapan dengan situasi itu. “ he miss you so much. He is not okay for now. He is in hospital with his sadness and he never talk with us anymore. I try to talk with him but no respons from him. I don’t know what to do. Please Lily. Please back to my brother side. He still need you and he still love you. He stare at your picture everyday without eat any food. He says your name everyday. He’s crying and don’t want to talk with everyone.” Shin Ma terus menangis sehingga dia tidak mampu berkata apa. Terserlah kasih sayang adik terhadap abangnya itu. Dia terlalu sayangkan Seung Jo kerana dia hanya ada seorang sahaja abang dan hanya Seung Jo tempat dia bermanja. Lily hampir tidak sanggup melihat kesedihan yang dialami. Dia juga tidak menyangka Seung Jo jadi begitu. Terluka hatinya mendegar cerita Shin Ma dan hatinya lebih terluka mendengar keadaan Seung Jo yang teruk. Hatinya berbahagi antara pulang ke Korea atau biarkan sahaja. Tapi dia masih sayangkan Seung Jo dan tidak sanggup melihat keadaan Seung Jo menjadi lebih teruk. “ give me a time to think about it.” Semalaman dia berfikir tentang hal itu sehingga Datuk Mukhriz perasan keadaan anak kesayangannya itu. Ingin sekali dia tahu masalah anaknya itu. “ Lily, kenapa nie sayang.? Ada masalah ke.? Cuba cerita dengan papa. Mana tau papa boleh tolong.” Datuk Mukhriz cuba menolong Lily. “ Seung Jo sakit. Dia terlantar dekat hospital sekarang. Adik dia, Shin Ma datang cari Lily suruh Lily balik Korea jumpa dengan Seung Jo. Lily tak tau sama ada nak balik ke tidak.” Lily menerangkan keadaan yang sebenar. “ papa, rasa Lily balik je la. Lagipun papa tau Lily masih cintakan Seung Jo. Kesian dia. Sayang balik la ye.” Datuk Mukhriz memberi cadangan agar Lily pulang ke Korea. “ tapi papa, Lily masih teragak-agak nak jumpa dengan Seung Jo. Lily tak tau sama ada dia masih marahkan Lily atau tak.” Lily masih ragu-ragu untuk pulang. “ sayang, balik je la ye. Okay macam nie lah. Biar papa teman Lily balik ke Korea. Lagipun urusan dekat sini dah tak banyak. Papa boleh serahkan pada pembantu papa. Nak tak.?” Datuk Mukhriz mencadangkan agar dia menemani Lily pulang ke Korea. “ betul ke papa nak teman Lily.? Kalau macam tu, esok malam kita balik Korea ye papa.?” Bercahaya wajah Lily bila Datuk Mukhriz mahu menemaninya pulang ke Korea. Mereka pun menempah tiket ke Korea. Lily terus memberitahu Shin Ma bahawa dia akan pulang ke Korea bersama.



Keesokan harinya dia bersama Shin Ma dan Datuk Mukhriz pulang ke Korea. Semasa didalam kapal terbang, Lily termenung mengenang apa yang bakal jadi bila dia sampai di hospital nanti. Ahh... aku tak boleh fikir buruk. Aku datang untuk balik dengan Seung Jo. Aku rindukan dia sangat-sangat. Harap dia pun macam tu jugak. Getus hati Lily. Setelah beberapa jam, akhirnya mereka sampai di lokasi yang dituju. Seperti biasa mereka akan pulang ke rumah Seung Jo. “ papa, nie rumah Seung Jo. Papa boleh duduk dekat bilik tetamu. Lily ada bilik sendiri.” Lily menunjukkan bilik Datuk Mukhriz. “ boleh papa masuk bilik Seung Jo sekejap tak.? Papa nak tengok-tengok.” Datuk Mukhriz cuba masuk ke bilik Seung Jo. Lily berfikir sejenak. “ masuklah papa. Tak ada apa pun dalam bilik dia tu. Banyak kertas kerja je.” selamba Lily berkata-kata. Datuk ukhriz masuk ke bilik Seung Jo. Kemasnya bilik dia. Tersusun. Buku-buku cantik tersususn di tempatnya. Katilnya kemas saperti bilik seorang perempuan. Dia memang pandai berkemas. Bisik hati Datuk Mukhriz. Banyaknya gambar dia dengan Lily. Wajah-wajah ceria ternyata terpapar di wajah mereka berdua. Dia tersenyum. Memang cinta mereka kuat. Seung Jo dan Lily Chenta Misya, mereka memang ditakdirkan untuk bersama. Macam aku dan arwah isteri aku dulu. Datuk Mukhriz sangat berharap agar mereka berdua bersatu. “ papa, Shin Ma dah sampai. Dia nak bawak kita pergi hospital.” Lily muncul di muka pintu. Segera Datukk Mukhriz menyimpan semula album mereka. Dia turun bersama Lily untuk ke hospital. Di dalam kereta, Lily masih ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat. “Shin Ma, do you think that Seung Jo will get angry with me again.?” Soalan itu diajukan pada Shin Ma. “ don’t you worry. He will not angry with you and he never angry with you. But he love you so much.” Shin Ma tersenyum. Lily terkejut dengan apa yang dikata oleh Shin Ma. Seung Jo tak pernah marahkan aku.? Betul ke.? Bisik hati Lily. Sampai saja di hospital, Shin Ma terus ke wad tempat abangnya di letak. Lily dan Datuk Mukhriz mengekori dari belakang. Tapi dia tidak masuk ke dalam bilik itu. Datuk Mukhriz  berjumpa dengan sahabat lamanya itu, Baek Yoeng Ji dan isterinya Han Myo Ri. “ Yoeng Ji.! How are you.? Long time no see you and your family.” Mereka saling berpelukan. “ i’m sorry about what happen between our child. It’s Seung Jo fault because he get mad to Lily.” Terang Yoeng Ji pada Datuk Mukhriz. “ it’s okay. Its a samll matter. Let them settle by their own self.” Datuk Mukhriz mahu Lily selesaikan sendiri masalah yang dihadapi. Masalah orang muda lah katakan. Lily ditarik masuk oleh Shin Ma ke dalam wad. “Hyung.. I bring Lily here.” Shin Ma cuba berinteraksi dengan Seung Jo. Lama Seung Jo berdiam, lalu dia menoleh ke arah Lily. “Lily.?” Seung Jo bersuara akhirnya. “Seung Jo.!” Lily memeluk Seung Jo yang dulu membisu dan akhirnya dia bersuara.
Lily menangis sepuas-puasnya di dalam pelukan Seung Jo. “ where have you been, love. So long i’ve been waiting for you. I miss you so much. Why did you do this to me. I’ve been dying because of you.” Seung Jo mengalirkan air mata setelah melihat sendiri Lily berada dihadapannya itu. “ i’m so sorry for what happen between us until you’ve been like this because of me. I miss you too. But i’m scared to see you. I think you still mad with me because of Harris. That’s why I didn’t see you until your sister come to see me in Malaysia and I follow her to see you. Only to see you, my hero.” Lily memeluk erat Seung Jo yang masih terbaring di atas katil. Kerinduan yang kian terubat itu di guna sebaik-baiknya. “ thank you Shin Ma.” Seung Jo mengucapkan terima kasih pada Shin Ma kerana membawa Lily kepada dia.

Hari demi hari, Seung Jo semakin sihat dan dia mula ke pejabat. Datuk Mukhriz pula menghabiskan masanya di Korea melawat anak syarikatnya di situ. Sambil-sambil dia melawat, dia juga bercuti bersama anak kesayangannya itu. Datuk Mukhriz bahagia melihat anaknya bahagia bersama lelaki idamannya. “ papa, apa senyum sorang-sorang tu. Jom minum. Lily dah siapkan minum petang. Kejap lagi Seung Jo balik. Selalunya dia balik kerja mesti nak minum air panas. Kami akan duduk dekat laman nie dan minum petang bersama. Kami akan bercerita dan gelak sama-sama. Kami release stress dengan cerita lucu masa kecik-kecik.” Lily tersenyum sendiri bila teringat masa mereka bersama, luang masa bersama. Dia rindu untuk melakukan semua itu. “Lily, i’m home.” Seung Jo balik dari kerja terus ke laman untuk bersama Datuk Mukhriz dan Lily. “ hye sweetie.. so, how’s your work today.?” Lily menyambut Seung Jo dengan mesra sekali. Beg galas Seung Jo di letak di kerusi rumah. Mereka beriringan ke laman. “ everything is okay and I have a good news for you and chairman” terang Seung Jo gembira. “ really. Oh.. i can’t wait to hear that news.” Lily teruja dengan berita yang bakal disampaikan itu. “ chairman, our sales for this year is increase to 100%. Our customer wish to increase the sales of product to entire world. This is the bestest news that I have receive.” Seung Jo sangat gembira menyampaikan berita itu. “ that is the good news. After this we need to work more hardest than before for our customer.” Balas Datuk Mukhriz. Lily sangat gembira dengan berita itu. Dia pasti arwah mamanya juga gembira dengan kejayaan yang telah dicapai. “ oh.. I forgot about my cookies on the oven. I’ll go get it.” Lily berlalu ke dalam rumah. “so, chairman, i have some suggestion to increase our sales. I have done it at the office and this is the proposal. I need you to read it an give a comment.” Seung Jo menyerahkan kertas cadangan kepada Datuk Mukhriz. “ do you love my daughter.?” Soal Datuk Mukhriz tiba-tiba membuatkan Seung Jo terkejut dengan soalan itu. Dia terdiam seketika. “ i do love her and she is my wonderful dream ever. I was thinking to marry her but i still need to get your permission. Sir, do you agree if i marry Lily. I promise to convert my religion when we get married.” Seung Jo meluahkan perasaannya dan meminta kebenaran untuk mengahwini Lily. “ why you didn’t do it before.? I’m waiting for your propose to Lily my beloved daughter. And i always give a permission to you to marry her. Because i know only you can make my daughter happy and always have love in her heart.” Datuk Mukhriz memberi keizinan pada Seung Jo untuk mengahwini Lily. “ go get her and tell her about this” sambung Datuk mukhriz lagi. Hati Seung Jo berbunga-bunga mendengar penjelasan dari Datuk Mukhriz. Seung Jo juga berfikir mungkin inilah masanya untuk dia berumah tangga bersama gadis pilihannya. Senyuman terus terukir di bibir Seung Jo.

Malam itu Seung Jo membawa Lily ke satu tempat yang sangat cantik. Seperti ditaman rekreasi yang dihiasi lampu-lampu neon yang berbagai-bagai warna. Lily masih tidak mengerti maksud Seung Jo. “ why are you bring me here.? Is anything special happen today.?” Lily bertanya pada Seung Jo. Tapi dia hanya tersenyum. “ do you remember the first time we met at the meeting.? At that time, i got the feeling and i realize that i’m fall in love with you. We know each other, we work together and we do everything together until now, we still together. And I want it to be eternal. I want this happen every day until the day I die.” Seung Jo bermadah. Lily berkerut. Masih tidak mengerti kata-kata Seung Jo. “ what do you mean.?” Lily bertanya. “ Lily Chenta Misya, i need your answer. Will you marry me.?” Akhirnya Seung Jo berterus-terang pada Lily tentang hasrat hatinya. Hangat pipi Lily, dan secara tidak sengaja air mata kebahagiaan mengalir ke pipinya yang putih itu. “ are you serious with this.?” Lily mencari kepastian. “ yes i am..... i really love you and I want you to be my princess forever.” Cukup berterus terang. Lily tersenyum sayu. “ yes I will.. only for you Baek Seung Jo” Lily memberi jawapan ynag membuatkan Seung Jo hampir menjerit. Betapa gembiranya dia setelah hasrat hatinya disambut dengan baik oleh Lily. Bahagia tercipta saat hati mereka bersatu. Akhirnya majlis perkahwinan mereka diadakan dengan penuh gemilang. Lily kelihatan cantik berbusana pengantin dan Seung Jo tampak lebih tampan dengan suit pengantin. Hari bahagia mereka dirai dengan penuh kemeriahan. “ thank you for being my lover forever. And you are my wondeful dream ever until i die.” Seung Jo berbisik pada Lily. “ thank you to you to because be my life saver forever and be my wonderful dream too.” Kucupan mesra diberi pada Seung Jo. Mereka hidup bahagia dan segala kepahitan yang dilalui sentiasa menjadi pengajaran yang mengeratkan lagi hubungan mereka.

Haa.. siapa kata berbeza agama dan budaya tak boleh bersatu.? Boleh asalakan ada persfahaman dan tak ada gaduh-gaduh, iitu dah cukup. Jadikan contoh dari cerita ini. Bagi sesiapa yang nak bercinta dengan orang ynag lain bangsa, boleh tapi harus di ingat bahawa persefahaman sangat penting. Selamat mencuba....

cinta.. jodoh.....



assalamualaikum....

apa khabar semua sahabat penulis.... terima kasih sebab masih sudi menjenguk blog penulis yang tak seberapa nie... baik lahh... sebelum penulis teruskan cerita penulis hari nie, penulis nak sahabat semua renungkan kata-kata di sebelah...

baikk... kalau sahabat semua dah faham apa yang cuba disampaikan melalui kata-kata tersebut, bolehla penulis teruskan cerita penulis nie..apa kaitan dengan cerita penulis.?? hmm... :)
setiap apa yang penulis sampaikan nie mesti ada kaitan dengan kisah hidup penulis... okay...

kisah nie baru je berlalu dimana seorang sahabat penulis baru sahaja merasa kesedihan... mungkin sahabat semua akan cube menafikan tapi ini lah realitinya... siapa yang tak pernah bercinta.?? mesti semua pernah rasa perasaan tu kan... sama jugak dengan sahabt penulis nie.. mereka kenal masa praktikal dekat hotel dulu... ex dye chef.. dia pulak pelajar praktikal... agak dah berkawan, mereka pun ambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih... masing-masing penuh dengan kesetiaan... tapi satu hari, lepas je sahabat penulis nie habis praktikal, dia mula berjauhan dengan pakwa dia nie lah... mula-mula selalu je telefon dan text.. tapi entah kenapa tiba-tiba pakwa dia senyap macam tu je... pernah satu ketika sahabat penulis nie mengadu pada pakwa dia nie "abang, kita rindu abang".. lebih kurang macam tu la... lepas tu pakwa dia jawab macam nie "abez tu, awak nak saya ckp apa.??? ckp yang saya rindu awak jugak.?? macam tu.??"... ada ke patut dia ckp macam tu... sahabat penulis mula rasa lain macam dengan sikap dia... lepas tu, masing-masing dingin... sebulan lepas tu baru dia contact balik... dia tuduh sahabat penulis ni macam-macam... kata tak sayang la apa la... tapi nak buat macam mana.... dia pun bukan reti na text atau apa... dia dah la kerja.. tak kan la sahabat penulis nak kacau... betul tak.?? jadi, sahabat penulis nie pun dah rasa tawar hati dengan sikap dia.. sahabat penulis ambil keptusan untuk bawa haluan masing-masing...

sahabat semua nak tahu apa jadi lepas tu.??? hurm.... sebulan lepas tu, tau-tau ex dia dah bertunang dengan orang lain... kantol sebab sahabat penulis nie tergerak nak bukak fb ex dia tu... dua hari jugak nak cari mo0d  okay balik... kesian dia... dia cuba cari sokongan.. alhamdulillah... nasib baik keluarga dan rakan-rakan banyak bagi sokongan kat dia... dan alhamdulillah semangat dia dah kembali pulih... dan ape kaitan kata-kata tu dengan cerita.??? dari kata-kata tu jugak sahabat penulis dapat semangat dia semula... betul juga kata-kata tu.. mmg betul yang pergi itu cinta.. tapi yang akan dtg itu jodoh... tuhan dah sediakan seseorang dalam hidup kita dan kita cuma perlu menanti masa sahaja.... usia masih muda, kerahkan tenaga untuk bekerja... insyaallah jika ada jodoh tak kemana.... Allah sentiasa mengotakan janji-Nya pada hamba-hamba nya...

nahhh.... bagi sesiapa yang rasa-rasa nak kecewa, boleh... tapi ingat... tak semestinya jodoh itu datang dengan cinta... tapi ada kalanya jodoh itu ditemukan dan cinta boleh berputik selepas itu... itu lebih bermakna...

baiklahh... sampai sini saja cerita penulis... insyaallah... ada masa terluang lagi, penulis akan update cerita lain pulak.... ma'assalamah... ilalliqa'.... :)

Thursday, July 4, 2013

hargai... terus terang...

assalamualaikum....

ape khabar sahabat semua.??? agak lama jugak penulis tak update bl0g nie... hurmm... almaklumlah.. sibuk dengn fial sem nie... macam-macam projek nak kena buat...  hari nie penulis na share cerita sikit... kita nak bermain dengan perasaan sikit.. kata-kata pujangga la kononnya nie...  "hargai lah seseorng sebelum dia pergi meniggalkan kita" .. betul tak.??? pengalaman penulis sendiri... dulu penulis pernah ada "admire" penulis sendiri... dia baik sangat... dia selalu ada utk penulis kalau penulis sedih atau gembira.. penulis mesti tersenyum bil teringat dia... tapi satu hari, tiba-tiba dia hilangkan diri... penulis tertanya-tanya mana dia pergi... tak text, tak telefon... sampai la penulis mula ada rasa rindu pada dia..

sampai satu masa penulis termenung, diam... dalam kelas pun macam tu... kadang rasa nak menangis pun ada... sebab teringat pada dia... yela... 0rang kalau putus dengan pakwe mesti rindu kan dia.. tapi macam penulis, tak pulak.. orang lain yang penulis rindukan... penulis nak text dia tapi malu... na terus terang pun ambil masa...  maklumlah... kita kan perempuan... tak kan terhegeh-hegeh nak cari dia pulak kan.. tapi penulis cari kekuatan utk terus terang dengan dia... tengah online tiba-tiba ampak dia... dan penulis ambil keputusan utk berterus terang... alhamdulillah.. dia terima dengan baik... dan dia kembali berhubung dengan penulis... haaa... nampak tak....

ape yang penulis cuba sampaikan nie bukan suka-suka je tau... satu.... sikap berterus-terang itu penting dalam setiap aspek kehiupan.. jujur pada diri sendiri... insyaallah orang akan suka.. tapi terus terang dengan cara yang baik tau... dua... hargai seseorang sebelum dia pergi meniggalkan kita... tak kira la siapa pun yang berbuat kebaikan dengan kita.... mak ayah kita dan orang sekeliling kita...

sampai sini je cerita penulis utk hari nie... insyaallah kalau ada kelapangan lagi, penulis akan berk0ngsi cerita lagi dengan shabat seumua... ma'assalamah.... ilalliqa'... :)

Wednesday, June 12, 2013

"kenyataan"... life story....

Assalamualaikum sahabat.....

penulis harap sahabat-sahabat yang baca setiap post penulis sihat belaka... hurmmm... :)
 dah lama penulis tak update blog ni... hari ni penulis na share pendapat dengan sahabat semua... penulis nak tanya... apa pendapat sahabat tentang kenyataan nie.?? SETIAP MANUSIA TAK PERNAH TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN.. atau yang nie.?? SETIAP DUGAAN ITU ADA HIKMAHNYA... atau kenyataan yang familiar dengan sahabat semua.. haa... penulis nak share cerita dengan sahabat semua.. 

dalam hidup ni terlalu banyak dugaan yang kita hadapi... sebagai contoh, penulis sendiri.. banyak perkara yang terjadi dalam hidup penulis... kadang-kadang rasa tak tertanggung.... pernah  terjadi, penulis menghadapi masalah keluarga... sampai mak penulis menangis... penulis mendengar setiap luahan hati mak penulis... penulis menjadi pendengar yang setia dan menjadi tempat untuk mak meluahkan perasaannya... dia menceritakan perih pahit dalam menjalani hidup... sakit yang tak tertanggung dihati... kadang-kadang penulis ikut menangis sekali sebab cerita yang sangat menyedihkan... penulis bukanlah pandai sngat dalam memberi kata-kata semangat... cuma ungkapan nie yang selalu penulis cakap dekat mak setiap kali mak meluah perasaan... " mak... SETIAP DUGAAN ITU ADA HIKMAHNYA.. Allah tak akan menguji hambanya luar dari kemampuan... tapi sekiranya dia menguji kita dengan sesuatu yang luar dari kemampuan itu kerana dia sayangkan kita... kita insan terpilih untuk diuji kekuatan imannya... mak jangan risau... Allah tau apa yang terbaik untuk diri kita semua.." lepas je penulis cakap macam tu, baru dia tenang... terlalu banyak perkara yang ditanggung mak sampai dia rasa dah tak sanggup nak tanggung lagi... penulis rasa sedih sangat dengan keadaan mak.. tiap kali dia bercerita, mesti dia akan menangis dan penulis mesti rasa sebak... tapi penulis tak nak mak lagi hilang semangat bila tengok penulis menangis... sekurang-kurangnya penulis beri dia semangat untuk dia mencari kekuatan dalam meneruskan kehidupan yang semakin sukar ni. dan penulis percaya, seberat mana pun kesakitan menanggung kehidupan dan dugaan, pasti akan datang hikmah yang besar dalam hidup.. sekiranya bukan sekarang, mungkin hikmah itu dirahsiakan dahulu sehingga tiba masa yang sesuai untuk diberi pada kita... penulis berjanji selagi penulis hidup dimuka bumi Allah ni, penulis akan terus memberi semangat pada mak untuk teruskan perjuangan dalam kehidupan... jika Rasulullah mampu menghadapi setiap ancaman yang diberi oleh orang kafir sehingga mereka percaya dengan agama Islam, apa lagi kita manusia biasa yang hanya dapat sedikit dari sebesar-besar dugaan.. insyaallah....

itu satu cerita... ni ada lagi satu cerita yang penulis nak share dengan sahabat...

pernah tak sahabat rasa berdendam dengan orang yang pernah buat salah dengan kita tak kira lah kecik atau besar kesalahan yang dilakukan...?? haa... penulis pernah rasa macam tu jugak.... tapi kita sebagai orang islam perlu ke ada rasa dendam tu.??? dulu, penulis pernah ada masalah dengan seseorang.... dia selalu cuba cari kesalahan orang lain termasuk penulis sendiri yang kena.. mula-mula penulis dengan kawan-kawan diamkan je... tapi lama-lama dia makin melampau dan dia cuba buat lebih dari apa yang dia pernah buat sebelum ni... penulis mula sakit hati dengan perangai dia... hal yang kecik nak dibesarkan... penulis rasa macam nak terjah dia tapi penulis didik hati supaya bersabar sikit je lagi... tapi makin penulis diam, makin dia menjadi-jadi... apa lagi, penulis tarik muka la dengan dia... tap ada satu perkara yang penulis teringat.. pesan mak... apa.?? nie ha.. SETIAP MANUSIA TAK LEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN... kata mak macam tu... mak pesan jangan simpan dendam.... sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri memaafkan orang yang cuba berbuat tak baik dengan Baginda, apa lagi kita yang hanya manusia biasa... ingat sahabt semua... sifat kita mungkin sempurna tapi sikap kita belum lagi mencapai tahap kesempurnaan.. jadi tak perlu lah kita berdendam atau membalas semula setiap perbuatan yang telah dilakukan terhadap kita.. jadi lah seorang yang pemaaf... insyaallah kebaikan akan dibalas oleh Allah S.W.T...

jadi pengajaran dari setiap kata-kata itu telah pun penulis rungkaikan dekat sini... terpulang pada kita untuk fikirkan atau pun tidak... tapi kita sebagai manusia biasa sepatutnye haruslah meletakkan sikap merendah diri dan berbaik sangka dalam hati supaya syaitan tidak mudah menembusi tembok hati kita... berpegang pada keimanan yang tinggi.... dan sentiasa berdoa agar kita sentiasa berada di bawah perlindungan- Nya... insyaallah.... baiklah... sampai sini saja cerita yang penulis nak share... insyaallah kalau ada cerita lagi, penulis akan update dekat blog ni ya...

ma'assalamah....
ilalliqa'...
^^v

Tuesday, April 23, 2013

exam... Korea story... ^^v

assalamualaikum... ^^v

haaa... alhamdulillah... akhirnye penulis habis jugak jawab exam hari ini... fuhh...!! menitik jugak la peluh..hee.. saje je... sebenarnye penulis nak kongsi dua cerita hari ini... nak tau tak.?? mestilah sahabat-sahabat semua nak tau kan... tak pe.. penulis memang suka berkongsi cerita dengan sahabat semua... baiklah... jom,, penulis nak kongsi cerita yang pertama...

sahabat...
pagi tadi penulis baru je lepas azab jawab final exam untuk semester 5... walaupun satu paper je, tapi perasaan gementar tu sentiasa ada dlam hati ni... berdebar je... ape yang penulis nak kongsi hari ini adalah berkenaan dengan RESTU MAK DAN AYAH... hurmm..??? ape kene mengena dengan exam.?? haa... tu yang sahabat semua tak tahu kan... baiklah... penulis nak tanya soalan pada sahabat semua... kalau lah sahabat nak kan sesuatu atau nak melakukan sesuatu, ada tak sahabat semua minta restu dari mak dan ayah sahabat..??? ape perasaan sahabat bila dah dapat restu dari mak dan ayah sahabat semua.?? mesti rasa lega kan.?? yelah.... kalau tak ada restu dari mak dan ayah, Allah jugak tak restu dengan ape yang kita lakukan.. restu mereka menentukan sama ada Allah S.W.T restu atau tidak dengan setiap perilaku kita... kalau mak ayah kita restu comfirm2 lah Allah akan restu janji perkara tersebut tidak melanggar dari syariat islam.... ingat tu... TIDAK MELANGGAR DARI SYARIAT ISLAM. haa... penulis hightlight kt situ supaya sahabat semua faham... baiklah... kita sambung cerita... pagi tadi dalam jam 7.55 pagi, penulis hantar pesanan ringkas pada mak.. " salam.. mak.. along nak exam pagi nie.. mak doakan along ye.." begitu lah pesanan penulis... tak lame lepas tu mak penulis telefon.. "assalamualaikum along.. along nak masuk dewan dah ke.??" kata mak.. " belum lagi... kejap lagi along gerak lah.. along kt rumah lagi nie... wt last revision.." balas penulis... "ouh.... haa yelah... sebelum masuk dewan tu baca selawat banyak-banyak... baca selawat la'ilahaillah anta ( sehingga habis) tuh banyak-banyak... lepas tu dapat je kertas baca selawat bismillah hillazi ( sehingga habis)... baca soalan betul-betul... mak tak harap kamu dapat markah tinggi.. mak tau kemampuan kamu sampai mane.. buat yang termampu ya... mak doakan dari sini je... buat yang kamu rasa terbaik..." pesan mak... penulis terasa sebak masa mak penulis kata macam tu... semangat mak sentiasa iring perjalanan penulis... " insyaallah mak... terima kasih... along akan cuba buat yang terbaik... okay lah mak.. along dah na gerak nie.. along pergi dulu ya.. assalamualaikum..."  penulis akhirkan perbualan untuk bergerak ke politeknik untuk exam.... ayah pun ada berpesan juga... tak lama kemudian ayah pula hantar pesanan. katanya begini.. " selamat menjalani peperiksaan.. buat yang terbaik.. ayah doakan kejayaan kamu.. insyaallah.. " pesan ayah... senyuman penulis terukir saat penulis dapat pesanan ringkas tu... alhamdulillah... penulis rasa tenang sangat masa menjawab exam tadi... nampak tak kat situ..... bila mak ayah restu setiap perbuatan kita, pasti akan ada ketenangan dalam diri.. Allah juga turut membantu setiap kebaikan yang kita lakukan kan.?? itu janji Allah pada umat- Nya... jadi exam tadi pun berjalan dengan lancar...

haaa.... jadi lepas nie kalau sahabat nak lakukan sesuatu yang penting atau tidak, wajiblah minta restu agar tidak tibul rasa keraguan, susah hati atau apa-apa sahaja rasa yang tidak menyenangkan.. :)

So, cerita pertama dah dikongsi bersama kan.?? haa.. jom penulis nak kongsi cerita kedua pulak...
nak dijadikan cerita, penulis sebenanrnya penulis tak pernah melayan cerita-cerita Korea nie.. tapi ada beberapa cerita yang penulis suka tengok.. haha... ragamnya, penulis dah lame tak tengok.. jadi bila dapat tu, memang tak jeling kanan kiri la.. makan pun kadang-kadang fikir dua tiga kali.. sayang nak tinggal cerita... hehehe.... pelakon-pelakon semua memang kacak bergaya, comel-comel belaka buatkan penulis geram tengok mereka.. ada rupa, berbakat..haha.. tak semua mampu memiliki keindahan dan kelebihan seperti mereka kan.?? so, salah satu cerita yang penulis minat sangat adalah cerita Boys Over Flower.. yang ada kumpulan F4 Korea wujud dalam cerita tu.. haha... penulis ingat lagi nama-nama mereka walaupun agak susah nak sebut.. err... Goo Jun Pyo, Yoon Ji Hoo, Suk Yi Jung dgn Woo Bin.. haha... lebih kurang la kowt nama mereka tu... penulis paling suka dengan Yoon Ji Hoo... mane satu.?? nie dia...


                                                                  


kenal kan.?? tipu lah kalau tak pernah tengok... nama dia Kim Hyun Jung.. kenapa suka.?? haha.. penulis rasa dia sangat kacak bergaya, tinggi lampai, dan penulis suka tengok mata dan bibir dia yang comel sangat tu.. kadang-kadang penulis berangan nak ada boyfie macam dia.. tapi ada ke.?? hehehehe.. tah apa-apa je la penulis nie kan.?? bukan apa.. penulis pun pelik kenapa penulis suka tengok dia berbanding pelakon lain... dia lain dari pelakon lain...  pasal tengok dia, kawan-kawan penulis marah sebab tak layan mereka.. hahaha... merepek kan.?? hurmm... penulis berangan satu hari nanti penulis nak boyfie macam nie.. itu pun kalau ada la kan.. hahaha....tapi sangat mustahil kalau ada boyfie macam ni yang nak penulis yang tak seberapa nak ada nie..hahaha... daydreaming je lah penulis nie... apa-apa pun cerita nie sekadar mengisi kekosongan dan mengisi senyuman sahabat.. dapat pahala tau buat orang tersenyum...hakhak...

baiklahh... apa yang penulis nak sampaikan tadi pun dah disampaikan dengan sempurna.. insyaallah sekiranya ada masa terluang, penulis akan update lagi cerita-cerita dan kisah harian penulis pada semua.. apa yang kita nampak, kita kaji.. yang baik kita amalkan... yang tidak baik, kita tinggalkan dan jadikan pedoman buat masa hadapan... penulis akhiri dengan assalamualaikum W.B.T...  anyonghaseyo... !! ^^



Wednesday, April 17, 2013

Assalamualaikum... :)

Bismillahirahmanirrahim...

mulakan segalanya dengan bismillah...semoga hari anda diberkati oleh-Nya.. apa pendapat anda tentang orang baik dan orang jahat.?? adakah yang baik akan selamanya baik dan yang jahat akan selamanya jahat???

tak semestinya kan.?? kita sebagai manusia penuh dengan kesilapan... antara sedar dengan tidak, kita dah banyak lakukan kesilapan kecil dan mungkin juga kesilapan besar.. seperti  penulis juga, pernah lakukan kesilapan.. yang mana kita sedar perbaikilah..yang tidak sedar, mohon taubat kepada Allah S.W.T.. seperti kata-kata hikmah itu, renungkan seketika... pernah ke kita sentisa berkelakuan baik.?? tidak... tak mungkin kan.?? pasti ada walaupun sikit... balik pada zaman lampau, masa muda-muda dahulu..ya.. ketika itu kita masih kecil dan tidak mengerti apa-apa..tapi pasti kita sedar kan kesilapan yang kite pernah lakukan.?? penulis juga begitu...

sahabat..
mungkin kesilapan itu kita pandang remeh.. tapi pernahkah kita terfikir yang kita pernah melukakan hati ibu bapa kita.??? pernah tak kita terfikir sejenak...?? masa itu kita tak fikir pun bahawa ibu dan ayah sangat kecewa dengan kita cuma kita tidak pernah menyedari kesilapan tersebut telah pun melukakan hati mereka... sekiranya tiba-tiba terlintas perkara yang tersebut, cepat-cepatlah minta maaf kepada mereka.. itu penting ye..

kita pandang pula pada sekeliling kita...siapa sahaja...mesti ada yang melakukan kesilapan.. seperti yang penulis kata tadi... manusia tidak ada yang sempurna sifatnya.. sekiranya berlaku seperti itu, tegurlah dengan cara yang baik.. bersama kita lakukan yang lebih baik. lakukan kesilapan biarlah kita akui nya.. ini bagi mengelakkan lebih ramai musuh dari kawan... dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu...biarlah kita sedar kesilapan itu agar kita mampu perbaikinya pada yang lebih baik...

wallahualam.. :)

Tuesday, February 12, 2013

di mana erti sebuah kasih sayang.??

suatu malam aku duduk diam cari ketenangan kt luar rumah...
aku perhatikan sekeliling aku....
aku perhati bintang yang tersusun kt langit luas ciptaan Allah S.W.T..
cantik sgt2....
tiba-tiba aku terpandang satu fenomena yang cukup membuat aku rasa terharu dan rasa nak menangis...
seekor ibu kucing sedang menggonggong makanan di mulutnya sambil mengiau memanggil anaknya...
rupanya makanan tu utk anak kucing tersebut...
sgt penyayang, penuh rasa cinta dan kasih seekor ibu kucing memberi anaknya makan walaupun sedikit dan walaupun makanan itu tak seberapa..
kasih sayang ibu terhadap anaknya sgt akrab...
kejadian yang hampir membuat aku mengalirkan air mata...
aku hampir terjatuh melihat kasih sayang yang dicurahkan si ibu kucing itu terhadap anaknya...
subhanallah... sungguh jelas kasih sayangmu terpancar di mata ibu kucing itu...
alangkah bahagianya sekiranya kita sebagai manusia melakukan seperti itu...
mencurah kasih seikhlas hati terhadap seorang insan bernama bayi/anak....
walaupun bukan dari darah daging sendiri, mengapa perlu dibuang seperti sampah yang kita buang sehari2..???
baru-baru ini aku beramal di sebuah rumah orang tua...
aku lihat dari air muka mereka sgt dahagakan kasih sayang seorang anak...
dimana kasih syg ank2 mereka.???
mengapa mereka dicampak dirumah yang tak sepatutunya.???
bukan ke anak2 mereka yg lebih patut jaga mereka.???
hina sgt ke mereka sampai mereka perlu dicampak di rumah org tua.???
lambaian seorang ibu terhadap kami, seperti menyambut kepulangan anaknya ke pangkuan...
mengharap anak mereka kembali membawa mereka pulang...
tapi.... dimana mereka semua.???
di mana kasih sayang itu.???
aku sebak...
Ya Allah....
sedarkanlah mereka...
sedarkanlah mereka bahawa mereka adalah anak yang derhaka...
derhaka kerana telah membuang ibu bapa mereka yang telah besarkan mereka dengan segala hasil titik peluh...
Astaghfirullahalazim....

di mana kasih sayang yg Allah serap dalam diri kita sebagai manusia yang berhati perut.?? yang berakal.??
malu kita sebagai manusia di dunia yang berakal fikiran tetapi tidak gunakan sebaik2nya..
malu kita sebagai manusia di dunia yang mempunyai kasih sayang tetapi tidak mencurahkan dengan keikhlasan...
sebagai hamba Allah di bumi yang tua ini... renungkanlah sebentar dengan keadaan sekeliling...
bayi dibuang,mati.. ibu ditinggal anak sendirian... tidak mengaku ibu/ayah...
apa semua nie..???
bila persoalan nie akan bertemu jawapan yang sepatutnya.???
muhasabah diri...
selepas apa yang aku lihat.. dari kisah ibu kucing sehingga rumah orang tua...
buat aku sedar bahawa kasih sayang mmg mudah dicari...
tetapi kasih sayang yg sejati susah utk ditemui...
renugkan dan fikirkan sebentar....

                                                                                                                            ikhlas dari hati.... Que_92


Friday, February 1, 2013

tidur petang..

ape yg terjadi ini baru sahaja aku lepasi...
aku sedang tidur dan mungkin kesilapan aku juga kerana aku tidur petang...
semasa aku tidur, aku terasa bahang semacam..
sehingga aku berpeluh-peluh...
aku mengalihkan kedudukan aku ke kiri dan kanan tapi masih lagi bahang...
seketika kepala aku terlepas dari bantal...
dari situ berlaku perkara pelik pada diriku...

aku tidur seperti biasa...
tetapi secara tiba-tiba aku rasakan yang kepala aku seakan-akan ditekan ke dalam...
menyebabkan aku terasa sakit yg teramat sgt..
aku cuba menjerit namun aku tak mampu lakukan...
mulut aku seakan dikunci....
aku berusaha untuk mengalih kedudukan aku....
dan aku berjaya lepasi kedudukan tersebut...
tapi kali ini kepala aku diatas bantal...
berlaku sekali lagi perkara yg sama tapi kali ini lebih teruk,,,,

nyawa aku seakan-akan ditarik keluar dari jasad....
ketika itu aku tidak tahu sama ada aku sedar atau tidak kerana aku perasan mata aku celik....
seluruh badan tidak berfungsi....
aku berusaha untuk menjerit lagi tetapi aku tidak mampu....
aku seakan terasa yg mulut aku bergerak mengucap perkataan "ALLAHUAKBAR"
beberapa kali perkara itu berulang....
sehingga tangan aku cuba mencapai lengan sahabat yg berada di sebelah juga turut sama tidur ketika itu...
aku hampir-hampir menangis dan terus mencuba...
akhirnya aku berjaya membangunkan diri dan terus tersedar dari tidur....
aku bingkas bangun dan terus duduk...
aku bertanya pada sahabat yg tersedar akan aku yg telah duduk di hujung tilam..
"kau perasan tak aku cuba panggil kau tadi mintak tolong.??"
jawab dia...
"tak pn.. diam je... elok je kau tidur..."
rupanya aku tidak panggil dia pn....
pelik....

persoalannya...
apakah perkara tersebut benar2 berlaku terhadap diri aku.???
atau sekadar mimpi.,??
kerana aku merasakan yg perkara tersebut betul2 berlaku dan nyawa aku seakan ditarik keluar dari jasad....
Astaghfirullahalazim.......
taubat aku tidak mahu lgi tidur petang....
seluruh badan aku menggigil....
aku terus mengambil air dan minum.....

hmmm...
begitu lah kisah tidur petang aku...
dan aku tidak mahu lagi tidur petang..
takut perkara sama berulang lagi.....
kepada kwn2....
aku nasihatkan, jangan suka tidur petang...
ape yg berlaku pd aku itu mungkin malaikat cuba kejutkan aku dengan cara begitu...
baru taubat tak nak tidur petang lg...
cuba mak kita yg kejut.??
buat tak tahu je....
ini satu pengajaran bagi aku...
dan aku tak akan lagi tidur petang2....

Thursday, January 31, 2013

sebahagian dari ceritaku..

cahaya.?? cahaya apakah itu.??
terdengar suara memanggil-manggil nama aku...
menyeru agar aku turut bersama mereka...
namun aku tidak mahu...
takut.. aku menangis... meratap agar dikembalikan ke dunia nyata....
saat itu aku terjaga dari tidur...

"allahuakbar allahuakbar..."
azan.... azan subuh.???
aku bermimpi... tapi air mata aku mengalir dipipi.???kenapa.???
aku bingkas bangun.. membersihkan diri... berwuduk...
aku solat subuh...
sesudah habis menunaikan solat subuh...
aku berteleku di atas sejadah...
apa maksud mimpi aku tadi.??
tiba2 terbayang masa lampau...
lama....

Ya Allah.....
aku menekup muka sambil menangis..

lantas aku menadah tangan...

Ya Allah....
ampunkanlah dosa hambamu ini...
terlalu banyak dosa yg aku telah lakukan...
sehingga aku lupa padamu Ya Allah...
aku leka dengan permainan dunia...
aku tumpas dengan bisikan syaitan...
aku layu diulit dosa...
kau ampunkanlah aku Ya Allah...
ampunkan lah segala-segalanya...
kau berilah aku peluang untuk meneruskan perjalanan di dunia mu...
terimalah taubat ku ini...
berilah aku peluang untuk terus mencintaimu...
berilah aku peluang untuk terus berdakwah di bumi mu sebelum masa ku tiba...
berilah aku nikmat dan jadikan lah aku hamba yg sentiasa bersyukur dengan segala apa yg telah kau beri...
aku malu dihadapan mu Ya Allah....
malu berhadapan dengan mu dalam keadaan ku yg telah kotor dengan dosa...

Ya Allah...
kau tinggikanlah akhlak ku sebagai seorang wanita...
lindungilah ku dibawah teduhan mu....
jadikanlah aku sebahagian dari penghuni syurgamu....
sematkanlah semangat Rabiatul Adawiyyah di dalam hidupku...
agar aku sentiasa dijalanmu...
agar aku sentiasa mencintaimu...
agar aku sentiasa mengingatimu....

kabulkan lah doaku ini Ya Allah...
hanya engkau yg mampu menyempurnakan segala hajat hamba-hambamu...
amin Ya Rabbal Alamin....

berjijiran air mataku membasahi kain telekung...
baru aku sedar bahawa hidup tak selalunya indah..
langit pula tak selalunya cerah..

aku berjanji pada diriku yg aku akan mengubah kehidupanku pada yg lebih baik...
insyaallah.. Allah ada bersamaku...