ape yg terjadi ini baru sahaja aku lepasi...
aku sedang tidur dan mungkin kesilapan aku juga kerana aku tidur petang...
semasa aku tidur, aku terasa bahang semacam..
sehingga aku berpeluh-peluh...
aku mengalihkan kedudukan aku ke kiri dan kanan tapi masih lagi bahang...
seketika kepala aku terlepas dari bantal...
dari situ berlaku perkara pelik pada diriku...
aku tidur seperti biasa...
tetapi secara tiba-tiba aku rasakan yang kepala aku seakan-akan ditekan ke dalam...
menyebabkan aku terasa sakit yg teramat sgt..
aku cuba menjerit namun aku tak mampu lakukan...
mulut aku seakan dikunci....
aku berusaha untuk mengalih kedudukan aku....
dan aku berjaya lepasi kedudukan tersebut...
tapi kali ini kepala aku diatas bantal...
berlaku sekali lagi perkara yg sama tapi kali ini lebih teruk,,,,
nyawa aku seakan-akan ditarik keluar dari jasad....
ketika itu aku tidak tahu sama ada aku sedar atau tidak kerana aku perasan mata aku celik....
seluruh badan tidak berfungsi....
aku berusaha untuk menjerit lagi tetapi aku tidak mampu....
aku seakan terasa yg mulut aku bergerak mengucap perkataan "ALLAHUAKBAR"
beberapa kali perkara itu berulang....
sehingga tangan aku cuba mencapai lengan sahabat yg berada di sebelah juga turut sama tidur ketika itu...
aku hampir-hampir menangis dan terus mencuba...
akhirnya aku berjaya membangunkan diri dan terus tersedar dari tidur....
aku bingkas bangun dan terus duduk...
aku bertanya pada sahabat yg tersedar akan aku yg telah duduk di hujung tilam..
"kau perasan tak aku cuba panggil kau tadi mintak tolong.??"
jawab dia...
"tak pn.. diam je... elok je kau tidur..."
rupanya aku tidak panggil dia pn....
pelik....
persoalannya...
apakah perkara tersebut benar2 berlaku terhadap diri aku.???
atau sekadar mimpi.,??
kerana aku merasakan yg perkara tersebut betul2 berlaku dan nyawa aku seakan ditarik keluar dari jasad....
Astaghfirullahalazim.......
taubat aku tidak mahu lgi tidur petang....
seluruh badan aku menggigil....
aku terus mengambil air dan minum.....
hmmm...
begitu lah kisah tidur petang aku...
dan aku tidak mahu lagi tidur petang..
takut perkara sama berulang lagi.....
kepada kwn2....
aku nasihatkan, jangan suka tidur petang...
ape yg berlaku pd aku itu mungkin malaikat cuba kejutkan aku dengan cara begitu...
baru taubat tak nak tidur petang lg...
cuba mak kita yg kejut.??
buat tak tahu je....
ini satu pengajaran bagi aku...
dan aku tak akan lagi tidur petang2....
No comments:
Post a Comment