Music Box Of Me

Thursday, April 17, 2014

Picisan Hati

Masa..
Itu yang merubah segala yang aku tinggalkan…
Aku menjadi lebih tabah dan kuat…
Aku tidak hirau akan kata-kata manusia…
Bangun demi diri dan kehidupan yang aku lalui…

Namun sejak bertemu denganmu…
Hati terbuka dan bibir mampu tersenyum penuh makna..
Berkobar saat bayangmu memintas pandanganku..
Aku mula memendam perasaan..

Sayang..
Perasaan itu tidak kekal lama..
Biasan mula muncul dibalik cermin itu…
Aku jatuh, tersungkur, kalah dengan keadaan itu..
Mata yang telah lama tidak berkaca, kini aku biar ia berlaku..

Satu ucapanku..
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku..
Memenuhi ruang kosong walau hanya sementara waktu…
Aku mampu merasa mencintai walau tidak dicintai..
Kerana ternyata hatimu bukan untukku..