Music Box Of Me

Tuesday, February 12, 2013

di mana erti sebuah kasih sayang.??

suatu malam aku duduk diam cari ketenangan kt luar rumah...
aku perhatikan sekeliling aku....
aku perhati bintang yang tersusun kt langit luas ciptaan Allah S.W.T..
cantik sgt2....
tiba-tiba aku terpandang satu fenomena yang cukup membuat aku rasa terharu dan rasa nak menangis...
seekor ibu kucing sedang menggonggong makanan di mulutnya sambil mengiau memanggil anaknya...
rupanya makanan tu utk anak kucing tersebut...
sgt penyayang, penuh rasa cinta dan kasih seekor ibu kucing memberi anaknya makan walaupun sedikit dan walaupun makanan itu tak seberapa..
kasih sayang ibu terhadap anaknya sgt akrab...
kejadian yang hampir membuat aku mengalirkan air mata...
aku hampir terjatuh melihat kasih sayang yang dicurahkan si ibu kucing itu terhadap anaknya...
subhanallah... sungguh jelas kasih sayangmu terpancar di mata ibu kucing itu...
alangkah bahagianya sekiranya kita sebagai manusia melakukan seperti itu...
mencurah kasih seikhlas hati terhadap seorang insan bernama bayi/anak....
walaupun bukan dari darah daging sendiri, mengapa perlu dibuang seperti sampah yang kita buang sehari2..???
baru-baru ini aku beramal di sebuah rumah orang tua...
aku lihat dari air muka mereka sgt dahagakan kasih sayang seorang anak...
dimana kasih syg ank2 mereka.???
mengapa mereka dicampak dirumah yang tak sepatutunya.???
bukan ke anak2 mereka yg lebih patut jaga mereka.???
hina sgt ke mereka sampai mereka perlu dicampak di rumah org tua.???
lambaian seorang ibu terhadap kami, seperti menyambut kepulangan anaknya ke pangkuan...
mengharap anak mereka kembali membawa mereka pulang...
tapi.... dimana mereka semua.???
di mana kasih sayang itu.???
aku sebak...
Ya Allah....
sedarkanlah mereka...
sedarkanlah mereka bahawa mereka adalah anak yang derhaka...
derhaka kerana telah membuang ibu bapa mereka yang telah besarkan mereka dengan segala hasil titik peluh...
Astaghfirullahalazim....

di mana kasih sayang yg Allah serap dalam diri kita sebagai manusia yang berhati perut.?? yang berakal.??
malu kita sebagai manusia di dunia yang berakal fikiran tetapi tidak gunakan sebaik2nya..
malu kita sebagai manusia di dunia yang mempunyai kasih sayang tetapi tidak mencurahkan dengan keikhlasan...
sebagai hamba Allah di bumi yang tua ini... renungkanlah sebentar dengan keadaan sekeliling...
bayi dibuang,mati.. ibu ditinggal anak sendirian... tidak mengaku ibu/ayah...
apa semua nie..???
bila persoalan nie akan bertemu jawapan yang sepatutnya.???
muhasabah diri...
selepas apa yang aku lihat.. dari kisah ibu kucing sehingga rumah orang tua...
buat aku sedar bahawa kasih sayang mmg mudah dicari...
tetapi kasih sayang yg sejati susah utk ditemui...
renugkan dan fikirkan sebentar....

                                                                                                                            ikhlas dari hati.... Que_92


Friday, February 1, 2013

tidur petang..

ape yg terjadi ini baru sahaja aku lepasi...
aku sedang tidur dan mungkin kesilapan aku juga kerana aku tidur petang...
semasa aku tidur, aku terasa bahang semacam..
sehingga aku berpeluh-peluh...
aku mengalihkan kedudukan aku ke kiri dan kanan tapi masih lagi bahang...
seketika kepala aku terlepas dari bantal...
dari situ berlaku perkara pelik pada diriku...

aku tidur seperti biasa...
tetapi secara tiba-tiba aku rasakan yang kepala aku seakan-akan ditekan ke dalam...
menyebabkan aku terasa sakit yg teramat sgt..
aku cuba menjerit namun aku tak mampu lakukan...
mulut aku seakan dikunci....
aku berusaha untuk mengalih kedudukan aku....
dan aku berjaya lepasi kedudukan tersebut...
tapi kali ini kepala aku diatas bantal...
berlaku sekali lagi perkara yg sama tapi kali ini lebih teruk,,,,

nyawa aku seakan-akan ditarik keluar dari jasad....
ketika itu aku tidak tahu sama ada aku sedar atau tidak kerana aku perasan mata aku celik....
seluruh badan tidak berfungsi....
aku berusaha untuk menjerit lagi tetapi aku tidak mampu....
aku seakan terasa yg mulut aku bergerak mengucap perkataan "ALLAHUAKBAR"
beberapa kali perkara itu berulang....
sehingga tangan aku cuba mencapai lengan sahabat yg berada di sebelah juga turut sama tidur ketika itu...
aku hampir-hampir menangis dan terus mencuba...
akhirnya aku berjaya membangunkan diri dan terus tersedar dari tidur....
aku bingkas bangun dan terus duduk...
aku bertanya pada sahabat yg tersedar akan aku yg telah duduk di hujung tilam..
"kau perasan tak aku cuba panggil kau tadi mintak tolong.??"
jawab dia...
"tak pn.. diam je... elok je kau tidur..."
rupanya aku tidak panggil dia pn....
pelik....

persoalannya...
apakah perkara tersebut benar2 berlaku terhadap diri aku.???
atau sekadar mimpi.,??
kerana aku merasakan yg perkara tersebut betul2 berlaku dan nyawa aku seakan ditarik keluar dari jasad....
Astaghfirullahalazim.......
taubat aku tidak mahu lgi tidur petang....
seluruh badan aku menggigil....
aku terus mengambil air dan minum.....

hmmm...
begitu lah kisah tidur petang aku...
dan aku tidak mahu lagi tidur petang..
takut perkara sama berulang lagi.....
kepada kwn2....
aku nasihatkan, jangan suka tidur petang...
ape yg berlaku pd aku itu mungkin malaikat cuba kejutkan aku dengan cara begitu...
baru taubat tak nak tidur petang lg...
cuba mak kita yg kejut.??
buat tak tahu je....
ini satu pengajaran bagi aku...
dan aku tak akan lagi tidur petang2....