Music Box Of Me

Wednesday, February 12, 2014

Alahai Cinta...

asslamualaikum semua... ape khabar.?? harap sahabat2 penulis sihat dan sentiasa dibawah lindungan-Nya.. lama dah penulis tak share cerita dgn sahabat2 semua kan.. hari ni, penulis na kongsi hasil idea penulis dlm menyiapkan sebuah cerpen dimana ad beberapa nama dlm cerita ni penulis ambil sebagai watak utama sebab nama2 tu adalah nama2 artis yg penulis minat.. hehe.. saje wt tambah2.. tp cerita penulis ni tak ada kne mengena dgn mane2 cerita benar diluar sana.. hanyalh rekaan semata... sebab penulis suka menulis dan mengeluarkan idea2 yg ad dalam otak nie.. so, enj0y the st0ry... Asslamualaikum...

 “makkk…!!!!” Jep menjerit dari dalam biliknya. Mak Tom cepat-cepat ke bilik Jep untuk melihat keadaan anak kesayangannya itu. “ Jep.. kenapa nie.. apa yang terjerit-jerit pagi buta ni. Terkejut mak tau tak.” Mak Som membebel membuatkan Jep lekas menyarung semula selimut ke tubuhnya. Bertambah geram Mak Som pada Jep.. “emmmhhhh.. mak ni.. apa yang bising-bising ni.. kacau la orang nak tidur.” Keluh Jep menutup malu kerana mengigau. “kau kata mak bising Jep.? Kau ni betul-betul biol agaknya yek. Kau tu yang terpekik pagi-pagi kata aku bising pulak. Eh budak ni. Haa.. tu la.. balik malam-malam buta lagi.. tidur tak basuh kaki.. pakai redah je tidur.. ambik kau mengigau pagi-pagi ni. Eh Jep.. orang pagi-pagi ni dah bangun pergi noreh getah… kau masih terbaring kat katil ni. Bangun sekarang..!!” sambung Mak Tom. “mana ada orang ngigau mak.. tu entah mak dengar orang sebelah menjerit tersepit jari kat pintu tu.” Sambil menyelimut badannya dengan selimut semula. Dia menyambung tidur. Itu manambahkan lagi geram Mak Som lalu dia ke dapur tanpa kata. Bbrrrrr…!!! Air disimbah ke seluruh badan Jep. “haa.. tu lembu tu bagi makan Ib..” agak terkejut Jep disimbah dengan air perigi di belakang rumahnya. “banyak kau punya lembu. Kau bangun sekarang, pergi mandi lepas tu sarapan lepas tu kau pergi kandang lembu kau tu.. lepas tu kau pergi kebun tengok apa yang patut. Sekarang..!!” pekik Mak Som. “ala mak ni.. yela.. yela… orang pergi ni.. huhhh.. sejuk…” Berlari-lari Jep ke bilik air. Begitulah gamaknya sikap Jep. Walaupun begitu, dia tetap seorang anak yang baik. Mak Som sangat menyayangi Jep kerana hanya dia seorang sahaja harta yang beliau ada. Setelah suaminya meninggal dunia 5 tahun lalu, Jep lah yang mengambil tugas sebagai ketua keluarga, mengurus kandang lembu dan kebun seluas 6 ekar hasil peninggalan arwah ayahnya. Sungguh pun Jep anak yang nakal tetapi dia seorang anak yang bertanggungjawab. Itulah dia Jep.
  “haish.. aku ni bila la nak kahwin. Umur dah dekat 30.. tapi calon sorang pun tak de. Hati dah gatal nak kahwin. Aku ni tak ‘handsome’ ke.? Aku ni kalau nak dibezakan dengan Aaron Aziz, aku ni lagi kacak bergaya dari dia tau. Haish…” . Pukk..!! Jep ditepuk dari belakang. “oi Jep.. kau ni kenapa berbual dengan lembu pulak. Macam dah tak de manusia je kau nak berbual dengan lembu.” Sambut Shuib, rakan sekerjanya. “dah aku nak berbual dengan sape lagi. Nak berbual dengan kau, muka kau pun dah macam lembu.. baik aku berbual dengan lembu je.” Usik Jep. Dia memang seorang yang suka mengusik rakan-rakannya. “eh kau ni dah lebih..” Shuib mengangkat buku limanya. Tapi dia tahu Jep hanya bergurau. “eh jangan la… aku gurau je.. tu pun nak ambik hati lah kau ni pun.. macam tak biase pulak kena usik dengan aku.” Sambung Jep. “ala.. aku tau la kau gurau. Heheheheh.. saje je tunjuk penumbuk aku ni.” Gurau Shuib. Mereka memang rapat dari kecil. “tak de la Ib.. aku ni kan bila fikir balik, bila la nak kahwin. Teringin jugak nak bini cantik kan.. hari-hari bawakkan nasi untuk aku.. layan aku.. heheheh.. tapi aku ni calon pun tak de.” Luah Jep pada Shuib yang mendengar dengan tekun.
 “ala.. rilek la.. bujang lagi seronok apa.. ala kau tak payah la berangan nak awek cantik. Cermin dulu muka tu ‘handsome’ ke tak. Baru berangan.” Jelas Shuib. “ehh.. kau ni.. aku ‘handsome’ ape.. kacak bergaya macam Aaron Aziz tau tak. Ni kalau letak cermin depan aku kompem pecah cermin tu tengok aku kacak sangat.” Perasan Jep. “ahh.. tu dah salah.. cermin tu pecah bukan sebab kau tu kacak bergaya.. tapi muka kau tu dah macam muka pecah rumah… sebab tu cermin pecah.. tak sanggup tengok muka kau tu. Kalau dah cermin pun tak sanggup nak tengok, ape lagi awek kat luar sana. Silap hari bulan, buta diorang kau buat.” Kata Shuib. “apsal pulak.?” Soal Jep yang masih tak puas hati dengan penjelasan Shuib. “pasal meletup mata diorang sebab tengok muka kau.” Dia berlari sebelum Jep membaling sesuatu padanya. “oii Ib..!!! jaga kau.. aku dapat kau, aku sumbat kau dalam baldi kandang ni.! Oi..!!” Jep berlari mendapatkan Shuib. Begitulah rutin harian Jep. Seusai mengurus kandang lembu, dia terus ke kebun pisang yang telah 5 tahun diusahakan selepas ayahnya meniggal dunia. Setelah selesai, dia berteduh dibawah sebatang pokok rendang bagi melepas lelahnya. “abah.. Jep janji, Jep akan jaga kebun dan kandang lembu yang kita dah usahakan selama ni. Jep tak akan sesekali jual dua harta peninggalan abah tu.” Omel Jep sendirian sambil merenung kebun milik ayahnya yang kini menjadi miliknya itu. Subur dan cantik berbuah. Dia bangkit setelah merasa kurang penatnya dan pulang ke rumah. Sampai sahaja dirumah, Jep mencuci kakinya dan cuba mencari makan. “assalamualaikum.. mak.. orang dah balik ni..” laung Jep dari jauh. “wa’alaikumussalam.. hah.. dah balik dah anak mak ni.. maaflah mak tak sempat hantar makanan untuk kamu tadi.. tapi mak dah masak ni. Jom kita makan.” Jelas Mak Som kepada Jep. Dia hanya tersenyum. Dia tahu ibunya sibuk dengan bisnes kek lapis hasil buatan ibunya sendiri dan memahami keadaan ibunya itu. “ala mak.. tak pe la.. orang okay je. Tapi perut ni dah lapar tahap dewa ni. Nak makan…. Lapar…” rengek Jep. Dia memang manja dengan ibunya. Maklumlah.. anak tunggal. Tapi dia bukan anak yang jenis suka melekat bawah ketiak mak. Dia juga tidak suka dilayan seperti itu. “ala.. ala.. lapar ye.. nah.. ni mak dah siapkan.. jom makan.. pergi cuci tangan tu dulu. Dah macam tangan orang minyak aku tengok lah kau ni. Pergi sental tangan kau dengan berus sabut tu. Biar hilang dengan tangan-tangan sekali..” jelling Mak Som apabila terpandang tangan Jep yang kotor akibat kerjanya tadi. “e’eh mak ni. Kalau hilang, sape nak buat kerja nanti.. lainlah orang ada kuasa magik macam Harry Potter tu. Pakai sebut je dah timbul. Tapi best jugak aek. Tak payah pergi keje.. duduk dalam bilik lepas tu sebut je nak ape, dah dapat.” Bebel Jep. Mak Som hanya dengarkan saja. “kalau ada lah kan Jep, benda pertama kau nak sebut ape.?” Soal Mak Som.

“haa.. bagus soalan mak tu. Kalau ada la, benda pertama yang orang nak sebut ‘tutup mulut mak aku’.. haa.. nanti Jep boleh tidur puas-puas.. heheheh..” usik Jep. “bertuah punya anak..!” Mak Som memiat telinga Jep. Dia mengaduh kesakitan. Mak Som tersenyum bila anaknya itu mengusiknya. Sungguh dia bahagia punya anak seperti Jep.
  
“kalau menebang.. kalau menebang si pohon jati.. papan di jawa.. aduhai sayang.. papan dijawa dibelah-belah…” berlagu riang Jep sambil menunggang motosikalnya itu. “haish.. sedap jugak  suara aku ni. Kalau masuk AF pun lepas ni.. hehehee.. hadui… lalalaa….” Bebel Jep diatas motornya. Bamm..!! “oo mak kau..!! woi..!! sape yang bawak kereta ni..! mata letak kat lutut ke hape.! Kalau letak kat lutut, baik bagi lutut je yang bawak kereta.! Alahai.. motor aku.. adoi.. sakit pulak pinggang aku ni.” Jep dilanggar sebuah kereta yang cuba memintas motornya. “woi.. keluar la woi.!” Jerit Jep sambil menunggu tuan punya kereta keluar dari keretanya. “ encik.. tak apa-apa ke? Luka teruk tak.? Sakit kat mana.?” Soal perempuan itu bertubi-tubi. “errr……” Jep terkelu tatkala melihat seorang gadis yang keluar dari kereta tersebut. ‘aduhh… aku yang jatuh ke hati aku yang jatuh ni.. cannnntikkkk nyee….. haish… sape tu….????’ Bisik hatinya. “encik.. encik tak apa-apa ke.?” Soal gadis itu lagi. “ehh… ta de apa-apa la.. sikit je ni. Kalau sakit bukan lelaki namanya.. heheheh…” Jep berpura-pura tidak sakit untuk menutup malunya itu. “nasib baik.. tapi encik punya tangan ni luka.. darah banyak keluar ni.!” Gadis itu panik.  “haa.???!! Dddd…dddaaarah.?? Haaaahhh…” Jep terjelupuk di tanah. Jep tidak boleh lihat darah terlalu banyak. Dia fobia dengan darah mengalir dengan banyak. Gadis tersebut tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu Jep. Vroom…!! “ ehh… sape pulak yang pengsan tengah jalan nie.. adoy..” kebetulan Shuib lalu disitu namun dia hanya terus dan memandang sekilas sahaja apa yang berlaku disitu. Tiba-tiba dia memberhentikan motornya. “perasan aku, tadi tu Jep kan.? Kejap” dia menoleh semula ke belakang untuk mencari kepastian. “eh.!! Betullah..! Jep.!! Jep.!! Adoy Jep… kenapa dengan kau ni… mak aihh… banyak betul darah budak ni. Patut la pengsan… Eh..! awak langgar dia aeh..?? ape tak cukup besar ke si Jep nie awak nak langgar ha.?? Adui Jep… bangun la..” Shuib gelabah dengan situasi itu. Dia  tahu Jep tidak boleh tengok darah yang banyak . “ tapi encik, saya tak sengaja..” jelas gadis itu. Dia nampak sangat takut dengan keadaan itu. Tambah lagi apabila Shuib memarahi dirinya.      “ ahh… peduli la.. sekarang saya nak awak tolong saya bawak si Jep ni pergi klinik. Nak pergi hospital jauh sangat.. kang makin kurang pulak darah budak ni dah tak tau nak bagi darah siape pulak. Cepat..” arah Shuib pada gadis tersebut. Lekas-lekas mereka ke klinik berdekatan. Sampai saja di klinik, Jep  diberi rawatan agar darah yang mengalir tadi berhenti serta merta dari mengalir keluar.

  “ encik.. maafkan saya langgar kawan encik tadi.. memang salah saya pun. Saya leka bercakap dekat   telefon. Tak sangka pulak boleh terlanggar kawan encik tadi” gadis tadi memulakan perbualan.                  “ tengok.. dah dua kesalahan dah awak buat tau. Satu langgar kawan saya. Dua, awak cakap dekat telefon mase memandu. Itu dah boleh buat repot tau tak.” Suara Shuib sedikit meninggi membuatkan gadis tadi tertunduk malu. Doktor keluar dari bilik rawatan untuk memberitahu keadaan Jep. “ macam mana dengan kawan saya doktor.?” Soal Shuib. “Alhamdulillah.. dia tak apa-apa. Cuma luka dia sedikit besar dan itu yang membuatkan darah tidak berhenti mengalir. Dia sudah sedar dan sedang berehat di bilik rawatan.” Jelas doktor pada mereka berdua. “kalau macam tu terima kasih doktor. Saya nak tengok Jep boleh.?” Shuib meminta izin untuk melihat keadaan Jep. “silakan.” Izin doktor. Shuib dan gadis tadi berlalu masuk ke dalam bilik rawatan. Melihat keadaan Jep yang sedang terbaring di katil klinik membuatkan hati Shuib terasa sayu. “ Jep.. kau okay tak.? Boleh bangun.?” Soal Shuib. “ala.. aku okay.. kalau tak okay pun aku kena okay kan jugak.. kalau tak macam mana aku nak kerja.. nak uruskan kandang dengan kebun lagi.. tolong mak aku lagi.. haa.. ni lagi satu hal.. ni macam mana aku nak balik ni. Karang mak aku tengok tangan aku berbungkus, lebam-lebam nie kang ada yang buat drama melayu kat depan rumah aku pulak kang.. adoy…” Jep pening memikirkan apa alasan yang perlu diberi pada ibunya tentang keadaannya itu nanti. Dia bimbang ibunya pengsan. “hah… tu kau jangan risau.. aku akan pastikan orang yang langgar kau ni bertanggungjawab. Aku peduli ape lelaki ke perempuan. Sedap rasa dah langgar orang nak lepas macam tu je. Kalau aku la Jep, aku pergi buat repot. Tak pun aku rendam dia dalam kolam kandang lembu kau tu Jep.” Shuib bercakap sambil menjeling ke arah gadis tadi. Dia tunduk malu kerana perbuatannya itu. Rasa bersalah menyelubungi hatinya. Bagaimana dia harus berhadapan dengan ibu Jep nanti. ‘aduh… padan muka kau Icha.. cari pasal lagi.. nah makannya…’ bisik hatinya. “bagus jugak idea kau tu Ib.. hehehehe… kurang-kurang aku ada pembantu nanti.. hahaha…” gelak Jep sambil mengusik gadis itu. Dia hanya mampu menjeling Jep yang sedari tadi asyik mengenakannya. “adui…. Sakit tokk… dah.. aku nak balik.. kau tolong aku.. awak pulak, ikut saya balik. Pandai-pandai la awak ‘cover’. Jangan sampai mak saya pengsan sudah. Saya tak tau.. awak kena tanggunggjawab ke atas orang yang lemah macam saya ni.” Jeling Jep pada Shuib sambil menunjukkan tanda bagus dan tersengih padanya. Shuib membalas tanpa dikatahui oleh gadis tersebut. Mereka pun pulang ke rumah Jep. “assalamualaikum.. makk… orang balik ni.” Sambil membuat muka selambanya masuk ke rumah diiringi Shuib dari belakang. “ehh.. ape lagi.. masuk lah.. yang awak tercegat kat pintu macam patung lilin apesal.? Masuk..” jemput Jep. Mak Som menuruni anak tangga rumahnya yang menyanbungkan ruang atas ke dapur. Mak Som terkejut. “Ya Allah…! Jep..!! kenapa dengan kau ni nak… berbalut tangannya.. lebam-lebam ni kenapa nak oi… apa dah jadi ni…”
rengek Mak Som melihat keadaan Jep. “ aku dah agak dah Ib.. drama melayu dah start dah… kau tak nak ambik keropok-keropok ke, makanan ringan. Sambil-sambil kau tengok drama ni boleh makan sekali.” Kata Jep pada Shuib.  Shuib hanya tersenyum melihat Mak Som yang merengek seperti anak kecil. “awak tengok apa dah jadi dengan mak Jep.. ni semua salah awak tau. Pergi buat alasan. Hah.. ayokk.. tak tau..” ejek Shuib. Gadis itu terlihat sedikit gelabah kerana memikirkan alasan yang logik bagi menenangkan ibu Jep.
“errr.. mak cik.. ss..ssee..sebenarnya saya yang langgar anak mak cik tadi. Saya yang bersalah. Dia tak bersalah.” Jelas gadis tersebut. “haa.. betul cakap dia ni mak. Orang dah pakai topi keledar.. orang masih ingat mak yang tersayang kat rumah ni. Tapi dia yang langgar orang, mak. Marah dia mak. Dia yang buat salah.” Jep menyelah sambil menjeling gadis itu. “hurrmm… tak pe la nak.. mak cik tak kisah lah. Janji awak dah mengaku.” Jelas Mak Som. Jep dan Shuib agak terperanjat dengan tindakan Mak Tom yang memaafkan kesalahan gadis itu. “ape ni mak.. dia langgar orang tau sampai banyak darah orang keluar. Ni mak tengok ni. Sakit tau.. mak senang-senang je lepaskan dia ni. Adui… Ib.. ‘back-up’ la aku..” marah Jep. Dia memuncungkan mulutnya dan berpaling dari semua orang. “alah engko ni Jep. Kena langgar sikit dah kecoh satu kampong. Agak la… untung dia bawak kau pergi klinik. Dibuatnya dia tinggal kau dekat semak tu baru kau tau.” Mak Som memarahi Jep semula. Jep tertunduk malu dengan tindakannya itu. “dah Shuib. Bawak dia ni naik kt ruang tamu. Mak cik buat air kejap.” Arah Mak Som pada Shuib. “awak. Jom. Naik atas. Nasib baik mak dia okay. Kalau tak, masak awak dalam kuali tu tau.” Shuib menakut-nakutkan gadis itu. Dia hanya tersenyum. “eh.. lupa nak tanya lah.. nama awak siapa aek. Dari tadi senyap je.” Soal Shuib. “ nama saya Norisha. Panggil Icha je. Maaflah saya dah susahkan awak.” Icha memulakan. “saya nak tanya lah. Jep aeh nama kawan awak tu.? Dia memang anak manja ke.? Saya tengok mak dia layan dia macam budak kecik la.” Icha tergelak kecil. Shuib memandang Icha. “memang Jep anak tunggal. Anak manja. Cuma dia je la yang mak dia ada lepas ayah dia meninggal dunia 5 tahun lepas. Mak dia tu bukan boleh tengok Jep sakit ke apa. Pantang luka sikit dah gelabah macam mati je si Jep tu. Susu botol pun isap lagi sampai sekarang. Hah.. jangan main-main.” Tipu Shuib. “pandai la kau kelentong. Kau jangan Ib.. tangan aku sebelah je yang sakit.. kang yang sihat ni singgah kat muka kau yang dah sedia buruk tu bertambah buruk muka kau aku buat.” Sambut Jep yang datang dari dapur setelah mendengar Shuib cuba melawak dengan Icha. Shuib hanya menjeling. “ala kau ni Jep. Aku baru nak masuk ‘line’.. kau pergi kacau buat ape.. huuuhh…” keluh Shuib yang cuba memikat Icha. Gadis itu hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Mak Som naik dengan membawa dulang yang berisi teko dan cawan. “nah.. minum lah.” Jemput Mak Som sambil menuang air ke dalam cawan. “mak cik nak Tanya. Kamu ni siapa.? dating ke kampong ni ada apa.? Yela.. mana tau kalau mak cik boleh tolong kan..” Mak Som memulakan perbualan.

“saya Norisha. Saya datang kampong ni sebab saya nak ke rumah atuk saya. Hj.Sarip nama dia. Saya dari Kuala Lumpur. Saja datang sebab cuti kerja.” Icha menerangkan dengan panjang lebar. Mak Som, Jep dan Shuib hanya menganggukkan kepala. “ eh mak.. Hj. Sarip tu yang bukak kedai runcit kat tepi kampong tu kan.? Lahh… sekampung rupanya kita..” sambut Jep sambil menunjukkan tanda bagus pada Shuib dan dibalas kembali pada Jep. “amboi.. miang bebenor bunyi nye tu. Tengah sakit macam ni pun sempat nak cucuk jarum tu. Bertuah betul” Mak Som memerli Jep. “ala mak.. bukan miang la.. kan ke perkara baik tu.. boleh kita berkenalan dengan lebih mesra.. kan… sekampung la katakan..” Jep cuba mengalih topic. “ha’ah la Mak Som. Perkara baik jangan disangka buruk. Tak elok tau Mak Som tuduh anak Mak Som macam tu.” Shuib menyelit sambil mengenyit mata pada Jep. “hah.. yela tu.. kalau aku tau kau orang buat benda yang tak elok dekat si Icha ni, aku cincang korang buat sup. Faham.?” Ugut Mak Som. “eh mak.. ta payah la.. daging si Shuib tu bukan sedap sangat pun. Kang belum sempat makan dah basi.” Usik Jep. Dia memang tidak boleh lepas dari mengusik orang disekelilingnya. Mereka berbual dan berkenalan.
Seminggu selepas itu, Jep ke ladang untuk melihat lembu-lembunya. “aku rasa aku dah jatuh cinta la. Yela.. tiap kali aku tengok muka dia, aku rasa dia lah jodoh aku. Tapi aku tak tau la macam mana nak luahkan pada dia” bebel Jep. “oi Jep.. kau jatuh cinta dengan sape.? Aku aeh..” Shuib mencelah. “woi kau ni.. cuba lah bagi salam ke apa ke. Ni tak.. pakai redah je.. nasib baik aku tak kena sakit jantung tau. Kalau tak, kesian mak aku sorang-sorang nanti. Apa hal pulak aku nak jatuh cinta dengan kau ni Ib. bawak mengucap la Ib oi.. berdosa tau bercinta dengan kaum sejenis. Nabi tak mengaku umat tau. Simpang malaikat 44. Haish..” jelas Jep panjang lebar. “habis tu dengan siapa. Hah lepas tu kau tak habis-habis berbual dengan lembu. Macam dah tak de manusia je kau nak berbual kan.” Shuib memerli Jep. “eh’eh.. dah aku sorang-sorang kat sini, nak berbual dengan sape lagi. Yela.. lagipun siape lah aku nak meluah perasaan.” Jep membuat memek muka sedih. “eleh… aku kan ada. Tak payah nak buat muka. Buruk la. Dah la muka tu buruk, kau buat macam tu lagi la bertambah buruk. Eh dah la…” Shuib bergurau. “buat ape berbual dengan kau.. aku dah jemu sebab tu aku berbual dengan lembu. Ala, lagipun tak banyak beza pun muka kau dengan lembu ni haa… kan sama.. heheheh..” bertambah geram Shuib pada Jep. “eh tak la.. Ib.. kau kawan baik aku kan..” sambil menepuk bahu SHuib. “ yeke.. baru nak mengaku kawan baik.. eleehh..” rengek Shuib. “ala.. aku gurau je tadi.. Ib, aku dah jatuh cinta la.. hati aku dah dimiliki.. cehh.. haish..” sambung Jep.
“hahaah… kau ni jatuh cinta dengan sape.. awek mane yang dah sangkut denagn kau ni.. adui… kesian dia..” kata SHuib. “apesal pulak.?” Jep cuba mencari kepastian. “pasal dapat pakwe yang muke macam tongkang pecah ni.. hahahahaha…!!” gelak besar Shuib. “kau ni.. aku cakap betul la..” Jep mula geram. “yela.. aku gurau je.. siapa gadis pujaan kau tu.? Sebab yang aku tau kau ni susah nak bercinta tapi sekali dah dapat, macam orang gila.” Terang SHuib. “haa.. tu la kau tak tau.. nak tau tak siapa awek tu.?” Jep berteka-teki dengan Shuib. Dia hanya menganggukkan kepala tande ya. “Icha cucu tok Sarip” pendek jawapan Jep. “uih.. bukan biasa-biasa Jep. Budak kolumpo tu…. Pergh… betul kau ni Jep…” Shuib seperti tidak percaya.

“haaa.. tu la kau.. betul Ib.. aku suka budak tu.. haha.. dah.. sekarang aku nak ke kebun pulak. Nak tengok kebun tu ada orang ke tak kerja. Karang aku jumpa kau kat tempat biasa.” Jep berlalu meninggalkan Shuib mengurus kandang lembunya. Di kebun, Jep hanya menolong memetik tandanan pisang yang telah masak ranum memandangkan kesihatannya belum pulih sepenuhnya. Seronok dia melihat hasil yang telah dia jaga selama ini. “assalamualaikum Jep..” sapa Icha dari belakang. “ehh.. Icha.. buat ape kat sini..” sambut Jep lembut. ‘haish… depan mata dah… luruh..luruh…’ bisik hati Jep. “kebetulan Icha lalu kat sini, ternampak Jep tengah buat kerja.. Icha singgah la.. nak Tanya pasal Jep.. awak dah okay ke.? Yela.. siap boleh buat kerja lagi.” Memulakan perbualan. “ala.. sikit je ni pun.. selagi boleh bangun, selagi tu saya buat kerja. Kalau kerja nak baring je, tak lelaki la namanya..” jawab Jep sambil menggigit buah mangga yang berada di tangannya itu. Icha geli hati melihat gelagat Jep yang selamba itu. “err.. tak pe la.. Icha balik dululah aeh.. nanti atuk cari pulak.” Icha meminta diri untuk pulang. “eh nak balik dah.. kejap nya.. heheh.. tak pe.. nanti kita jumpa lagi aeh.. elok-elok jalan tu. Langgar semut pulak nanti.” Gurau Jep. Icha tersenyum. Dalam hatinya berbunga-bunga tatkala melihat Icha datang bertanyakan khabarnya. “haish… dye datang semata-mata nak jumpa aku lahhh hai… hurmm… hu’uhh… sedap pulak batang pokok ni lepas dapat jumpa Icha” Jep menggigit batang pokok yang dipeluknya tadi. Dia pulang dengan hati yang gembira. “mak.. orang dah balik ni. Nah.. hasil kutipan dekat kebun tu. Orang bawak balik sikit. Dapat jugak kite merasa hasil titik peluh kite selama ni. Heheh…” dia masuk ke rumah sambil membawa setandan pisang yang dipetiknya dari kebun tadi. “hah.. amboi.. dengan jantung-jantung sekali kau bawak. Dah tak reti ke nak potong sekali.” Mak Tom menegur Jep apabila dia terlihat jantung pisang tadi masih terlekat pada tandanan pisang itu. “eh mak.. tak boleh.. nanti dia mati kang tak sempat nak merasa.” Jawab Jep selamba. Mak Som menjadi hairan sambil mengerutkan dahinya yang dah berusia itu. “sape yang mati.?” Soal Mak Som kehairanan. “pisang ni la. Kalau kita potong jantung dia, nanti dia mati lah mak. Macam manusia, kalau kita buang jantung nanti mati kan. Same la dengan pisang.” Jep loyar buruk dengan Mak Som.

“bertuah punya budak. Kau samakan pisang dengan orang apesal. Dah tentu lah orang tu bergerak. Pisang ni bergerak ke. Mengong betul lah kau ni. Dah. Potong jantung dia tu. Mak nak buat ulam. Kau nak makan kan.” Arah Mak Som. “okay. Tapi mak kena sediakan alatan dululah.” Jep cuba mengenakan ibunya. “alatan ape kau ni.?” Mak Som kehairanan sekali lagi. “alatan pembedahan la.. kata nak potong jantung dia. Kene la bedah dulu.” Jep bergurau. “budak ni kan. Ada je la nak kenakan aku. Eh Jep. Jantung dia dekat luar. Tak de ‘body’. Yang kau nak bedah-bedah apesal.. ishh…” Mak Som memiat telinga Jep. “adoiii.. mak.. sakit… tak sama aeh.. okay-okay..” Jep mengalah. Dia pun memotong jantung pisang lalu diberikan kepada Mak Tom agar Mak Tom dapat merebusnya untuk Jep. Tengah hari itu Jep dan ibunya makan dengan penuh berselera. Petang itu, Jep membantu Mak Som membersihkan halaman rumah. Sambil membersihkan, dia sempat bernyanyi lagu berbaur cinta. “jangan cik adik lah sayang.. rindukan bulan.. bulan lah tinggi cik adik.. jauh di awan.. orang jauh jangan rindu, orang yang dekat dengarkan teman…” dia bernyanyi sambil menyapu daun kering di laman rumahnya itu. Mak Som melihat dari jauh. “aje dah gile ke hape anak aku ni. Sejak balik dari kebun tadi, semacam je perangai dia. Kerja nak menyanyi, berangan. Ape kena lah anak bujang aku tu.” Bebel Mak Som perlahan. “haish… Icha… kenapa la hati aku jugak yang kau curi.. tapi bagus jugak.. haish… hati aku berbunga-bunga….” Dia berangan. Tanpa dia sedar, Shuib dah berada di belakangnya dari tadi. “oi Jep..!! kau ni dah kenapa berangan petang-petang ni. Tebiat ke hape kau ni….!” Shuib menegur Jep yang masih lagi didalam dunia nya sendiri. “oi.. kau ni kan. Reti nak bagi salam datang rumah orang. Mana ada aku berangan. Tak Nampak aku tengah sapu sampah ni.. ada Tanya lagi aku buat apa.” Dia terkejut bila terdengar Shuib memekik dari belakang. “sapu sampah aeh..” Shuib memandang keliling rumah Jep. “macam bersepah lagi je aku tengok.. hehehehh… kau berangan aeh.. alalal… tak nak mengaku pulak..” sambung SHuib. “eh Ib.. kau pernah rasa makan nasi berulam daun keirng tak.? Kalau tak pernah, aku boleh bagi. Itu pun kalau kau nak rasa la..” Jep memerli Shuib. “eleh… dia yang berangan, nak salahkan kita pulak.. dah la.. merajuk lah dengan kau.. sikit nak marah..” Shuib memusingkan motosikalnya. “ala… Ib.. aku gurau je… jangan la marah.. meh sini meh aku pujuk aeh.. lalala…” Jep mengepit kepala Shuib. “tengok tu.. kau ni nak pujuk ke nak bagi aku mampus.. kau ni pun..” Shuib memarahi Jep. “ala yela… gurau sikit tak boleh.. macam budak kecik la kau ni. Eh Ib.. aku ada carita best ni. Kau nak dengar tak.?” Jep memulakan cerita. “cerita apa.? Perang ke, cinta ke katun.? Kat mana.?” Shuib bersungguh mahu mendengar. “ni cerita aku la.. tadi si Icha datang tengok aku.. haha.. hishh… seronok aku tau tak.. sampai aku gigit batang kayu tu jadi sedap.” Jep bercerita. “hahaha… rasa apa batang kayu tu.?” Gurau Shuib. “rasa coklat… hahaha” Jep menyambung.

 Mereka berborak sambil bergelak ketawa bersama. Mak Som melihat saja dari jauh. Dalam pada hatinya yang berbunga-bunga itu, timbul pula anak perempuan ketua kampong yang tergila-gilakan Jep. “Jep…!!! Hai… sihat ke...” Shima menjerit dari jauh. “hah.. nah.. bidadari kau dah datang. Layanlah kau.” Shuib mengusik Jep. “woi.. itu bukan bidadari.. itu bedakdari tanah seberang. Busuk woi… aduii… kau tolong ‘settle’ kan untuk aku.. aku nak blah ni.” Jep cuba melarikan diri dari Shima. Tapi belum sempat dia lari, Shima sudah dapat menarik lengan bajunya. “ishh… tepilahh..” Shima menolak Shuib ketepi. “Jepp… jom teman Shima keluar… Shima rindu la kat Jep… nanti kita boleh makan sama-sama… jalan sama-sama.. eh semua sama-sama lah…” Shima cuba menggedik dengan Jep. Mak Som yang ternampak dari jauh, terus masuk ke dalam tanpa pengetahuan Jep. “haa yelah.. sama-sama lah kita blah dari sini ye Ib… mari lah kita.. maaplah Shima.. aku bukan tak boleh teman.. tapi tiba-tiba aku kena ceri-beri la pulak. Shuib.. tolong bawak aku masuk dalam. Aduhh… tak boleh tahan dah ni..” Jep menarik Shuib mengajak masuk ke rumah. Prrooottt..!! bunyi kentut yang sengaja dibuat-buat supaya Shima cepat beredar dari situ. “pergghhh…!!! Memang lemak bau dia Jep. Yelahh.. marilah aku bawak kau masuk.. dah teruk sangat dah ni. Nak kena bawak pergi hospital.. tutup lubang beranak kau tu.” Shuib berpura-pura memapah jep masuk.. prrroooottt..!! sekali lagi bunyi itu keluar dan menyebabkan Shima beredar. “yelah.. pergilah… nanti Shima datang tengok Jep ya..” Shima beredar dari situ. Tiba didalam rumah, Shuib melepaskan Jep. “oi Jep.. agak-agak la… aku ada kot kat situ tadi.. dengan aku sekali jadi pening. Nasib tak pengsan. Teruk la kau ni. Huh..!! ni pun ada bau lagi. Kau makan apa tengah hari tadi.?” Soal Shuib.. “hehehehh.. aku makan jering, petai..” kata Jep.. “perghhh..!! patutlah lemak bau dia.. adui.. kalau depan awek, jangan macam ni Jep.. hilang kesejatian sebagai seorang lelaki, Jep.. heehhhhhh….” Jelas Shuib. Mak Som keluar dari dapur dan mendapati ada bau yang tidak menyenangkan. “bau ape yang busuk sangat ni.? Haish… busuknya..!” tegur Mak Som. Jep terdiam. “tanyalah Jep ni cik..” Shuib bersuara sambil menuding jari pada Jep. Dia tersengih. “ bertuah punya budak..!! kau pergi bilik air sekarang.. lepas tu kau cari pewangi, pergi sembur satu rumah.aku tau jangan ada sikit pun bau kentut kau yang bussuuukk tu..! paham tak..!” pekik Mak Som sambil mencubit Jep. Dia cuba melarikan diri tapi tidak Berjaya. “eh makk.. macam ada rase la.. macam kepala dia nak terkeluar la makk..” mencari alasan supaya ibunya melepaskan cubitan.. “hishh.. tak senonoh.. pergi bilik air sana..!!” dia berlari ke bilik air sambil ketawa. Shuib yang berdiri tegak dari tadi hanya memerhati gelagat mereka. Sejak hari itu, Icha dan Jep selalu berjumpa terutama dikebun. Mereka berbual dan berkenalan dengan lebih rapat. Shima berasa cemburu dan berfikir jalan untuk mendapatkan Jep. Entah apa yang dirancangkan namun dia bercadang untuk bertindak apabila tiba masanya.
Hampir sebulan lebih Jep dan Icha berkenalan dan hari ini membuat keputusan untuk bertemu dengan Icha. “ape pun jadi, aku tetap nak jumpa Icha. Inilah masa aku nak berterus terang. Hah..!” kata Jep. Kebetulan Icha lalu depan kebunnya. “Icha..! kejap.. tunggu jap.” Dia berlari anak mendapatkan Icha. “eh Jep.. ada apa ni. Macam ada kecemasan je.” Icha menegur Jep yang nampak terkejar-kejar. Dia berhenti kepenatan. “huhh..huhhh… Icha… ada masa tak.. Jep nak cakap sesuatu ni kat Icha..” soal Jep. Icha memandang wajah Jep dengan penuh kehairanan. “Icha ‘free’. Jep nak cakap apa.. bagitau lah. Jep ada masalah aeh…” Icha cuba meneka apa yang Jep cuba sampaikan padanya nanti. “eh tak la.. emm.. Icha dengar betul-betul aeh… dengar tau.. jangan tengok tempat lain.. semut lalu pun jangan tengok.. abaikan semua,, tengok je Jep yang ‘handsome’ kat depan Icha ni.” Arah Jep pada gadis itu. Dia hanya menganggukkan kepala tanda faham. “okay. Hurmm.. macam mana aek nak cakap.. malu lahh…” Jep menggedik. “ala,,, cakap je la… nak malu ape..” Icha bersuara. Namun pandangannya masih tepat pada Jep. “sebenarnya Jep lama dah suka kat Icha. Sejak pertama kali kita jumpa tu.. masa Icha langgar Jep.. masa tu Jep dapat rasa Icha dah bukak pintu hati Jep. Jep rasa bahagia sangat.” Jep berhenti seketika mengambil nafas. Icha seperti tidak percaya dengan apa yang Jep cuba sampaikan padanya itu. “Icha.. Jep tanya ni Icha jawab dengan jujur tau.” Sambung Jep. “apa dia.?” Pendek soalan Icha. “err… sudi tak Icha jadi permaisuri hati Jep.?” Lamar Jep pada Icha. Icha termangu seketika. Diam tanpa jawapan. Mata tidak beralih walau sedikit pun. “Icha.. eh.. dah kenapa jadi patung lilin pulak ni.. dah la panas.. kang cair, tak pasal aku yang kena ni kang.. ehhh… Icha…. Jep Tanya soalan ‘simple’ je.. bukan suruh Icha buat karangan sampai 1000 patah perkataan pun..” terang Jep. “err… soalan apa tadi.? Boleh ulang sekali lagi tak.?” Icha mencari kepastian sama ada betul atau tak soalan itu diajukan pada dia. Sempat juga dia memusingkan kepala melihat kalau ada orang lain dibelakangnya. “ala Icha ni. Jep bukan CD nak ulang balik ke belakang… okay.. tak pe… demi Icha, Jep sanggup ulang berape puluh kali pun boleh.. dengar betul-betul.. sudi tak Icha jadi permaisuri hati Jep.?” Ulang Jep. “eh.. betul lah soalan tu tuju kat Icha.. hhmm….” Senyum lebar Icha dibuatnya. “kalau betul hati dah niat, datanglah rumah pinanglah cepat…” Icha terus beredar kerana malu dan gembira. “haish.. berpantun pulak.. berjalan-jalan termasuk longkang, kalau macam tu tunggulah saya datang..!” jerit Jep. “haishhhh…. Yabedabedo0ooo..!!! dia terima pinangan aku..!!” Jep terpekik seorang diri di kebun membuat pekerja lain turut memerhati. Dia yang perasan keadaan itu, terus membetulkan diri. “saya nak kahwin.. baru lepas lamar tu..” terang Jep pada pekerjanya yang lain. Mereka mengaggukkan kepala.

“Jep..!! sampai hati buat Shima macam ni.. kenapa Jep pilih Icha yang bukan budak kampong ni.? Shima tak cukup cantik ke..” rengek Shima. “ala Shima.. bukan tak suka.. kurang berkenan je.. kau bukan tak cantik, cantik.. tapi tu la.. silap kau tu perangai je.. Shima.. aku rase kalau kau berubah, mesti ramai yang nak kat kau.. jangan terlampau sangat gedik tu.. hish.. rimas la.. aeh… aku tegur sebagai kawan..” jelas Jep. “tak nak.. Shima tak nak jadi kawan Jep.. Shima nak jadi bini Jep… tolonglah tolak Icha… terima lah Shima ni… Jep…”Shima cuba memeluk Jep. Cepat-cepat Jep menolak. Kebetulan Shuib lalu disitu. “eh Shima. Kau buat apa ni.? Malu la sikit dengan orang kampong.” Tegur Shuib. Shima tidak mengendahkan kata-kata Shuib dan terus beredar dari situ. Mereka berdua hanya menggelengkan kepala.
Dirumah, Jep yang ditemani Shuib cuba menyatakan hasrat ingin berkahwin pada ibunya. “mak.. orang ada berita baik ni.” Jep memulakan perbualan. “apa dia yang baik sangat berita tu…” Mak Som menjawab sambil menyua kopi ke dalam mulutnya. “err… orang nak kahwin la mak..” Jep berterus-terang tanpa berkalis. “engko nak kahwin.? Dengan siapa.? Dah ada calon ke.? Duit dah ada.?” Soal Mak Som kerana kurang percaya dengan hasrat anaknya itu. Jep menjeling ke arah Shuib tanda menyuruhnya menyambung perbualan. “macam ni mak cik.. Jep ni dah pun ada calon. Dekat je orangnya… duit pun dah sedia.. dia ni kumpul duit dah 5 tahun dah…” terang Shuib. “betul mak.. nie haa hasil dari kerja orang sebelum ni tambah dengan hasil kerja dekat kandang dengan kebun kita tu.. ada la orang simpan buat mase depan..” Jep menyerahkan buku akaunnya pada Mak Som. Bagai tidak percaya anaknya mampu mengumpul begitu banyak duit dalam masa 5 tahun. Hasil usahanya untuk masa depan berbaloi juga. “sapa calonnye tu.? Shima anak ketua kampong tu ke.?? Kalau yang itu aku tak setuju..! tak berkenan betul aku dengan budak tu.. penyakit apa entah tergedik-gedik macam orang tak cukup akal je.”Mak Som melepas marah membuatkan Jep dan Shuib sedikit menjauhkan diri. “eh ape pulak dye mak.. bukan dia la.. kalau dia tu jangan kate orang yang ‘handsome’ macam saya ni yang tak nak, orang yang tak ‘handsome’ macam Shuib ni pun tak nak dengan dia.. ni cucu Hj.Sarip.. Norisha.” Dia cuba bergurau.. Shuib memandang dengan jelingan tajam. Jep hanya tersenyum kambing bila melihat Shuib agak tertekan dengan gurauannya itu.. “Jep.. mak tak kisah kau nak kahwin. Tapi kau kena tau tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.” Mak Som menasihati anaknya. “mak.. orang dah belajar semua sekali denagn arwah ayah.. orang jadikan arwah ayah sebagai contoh untuk orang jadi suami yang baik dan dapat bimbing isteri dan anak orang nanti.” Jep cuba meyakinkan ibunya itu. “yelah.. kalau kau dah faham, mak restu lah nak.. ingat pesan mak.. jangan cuba mainkan perkahwinan yang kau nak dirikan ni ya..”

Mak Som mangalirkan air mata gembira dan menyedari anaknya dah cukup dewasa untuk hidup sebagai suami orang. “terima kasih mak.. ala mak.. jangan la nangis.. elok muka lawa dah jadi herot.. tengok tu.. Ib.. kau pujuk mak aku ni.” Jep memujuk Mak Som. Shuib turut gembira melihat rakan baiknya akan berkahwin.
Tanpa melengahkan masa, Jep dan rombongannya datang untuk meminang. “assalamualaikum… tok…” Salam diberi tanda hormat kepada orang lain. “wa’alaikumussalam.. eh.. Kalsom.. ramainya.. silalah masuk..” sambut Hj.Sarip ramah. Dia seorang Imam dan pembekal barangan runcit di kampong itu. Jadi tidak hairanlah jika ramai orang kenal dengannya. Mereka pun masuk dengan membawa tepak sirih dan cincin merisik. “bismillah.. apa hajat Kalsom bawak rombongan ramai-ramai ni.? Macam penting je..” soal Hj.Sarip hairan. ‘agaknya Icha tak bagitau lagi la ye.’ Getus hati Jep. Baru dia nak bersuara, Mak Som bersuara terlebih dahulu. “agaknya Icha tak bagitau lagi la ye..” senyum terukir dibibir Mak Som. “eh, macam sama je ayat tu dengan aku punya dialog..” bisik Jep pada Shuib. “bila masa kau cakap.?” Soal Shuib. “aku cakap dalam hati.. kau tak dengar ke.?” Jep bersuara lagi. “eh dol.. kau cakap dalam hati, mane la aku dengar.. aku tepuk jugak dahi kau ni karang.” Shuib berbisik sambil tersenyum. Jep hanya membalas senyuman Shuib. “begini Haji.. saya mulakan lah ya..” kata Mak Som.
“puteri cina berjalan-jalan di taman..
Dibawa bersama sapu tangan sutera..
Kami datang nak memetik bunga di taman…
Adakah bunga sudah berpunya.?”

Mak Som memulakan pantun. Adat orang melayu. Hj. Sarip mula mengerti hajat mereka ke rumahnya. “oh macam tu rupanya..”
“kacak sungguh si laksamana..
Di laut dia menjadi nakhoda..
Bunga disini belum berpunya..
Nak dipinang untuk teruna yang mana.?”

Hj.Sarip membalas pantun Mak Som. Dia memandang Jep yang hanya diam sahaja kerana dia telah dipesan awal-awal. “Jep, kau kalau orang tua tengah berbincang, jangan sesekali kau menyampuk. Kalau kau buat jugak, aku ikat kau dekat pokok rambutan yang banyak kerengga tu faham tak.?”
Pesan Mak Som. Dia menganggukkan kepala tanda faham. Begini Haji, saya nak pinang Norisha untuk anak lelaki saya si Jep ni. Yela.. diorang pun dah kenal sama-sama.. dah kawan.. jadi Jep hasrat nak peristerikan Icha. Jadi macam mana Haji.?” Mak Som terus-terang. “Alhamdulillah… bagus lah macam tu.. lagi cepat, lagi bagus.. perkara yang baik jangan dilambatkan.. saya terima siapa saja pilihan cucu saya. Lagipun, saya lah wali paling dekat. Mak ayah dia pun dah tak de. Saya rasa Icha pun setuju walaupun saya tak tanya dia. Jadi, saya terima pinangan awak semua.” Jelas Hj.Sarip. Mereka mengangkat doa kesyukuran atas penerimaan itu. Mereka teruskan dengan perbincangan tarikh untuk dilangsungkan.
“cepat betul tok nak kami kahwin, mak.” Jep bersuara. Mak Som sedang membuat kira-kira untuk kenduri anaknya itu. Sejak mereka pulang dari rumah Hj.Sarip, Jep asyik termenung dan banyak berfikir. “ape lagi kau fikir ni Jep.. bagus la kalau Hj.Sarip  suruh kau kahein cepat.. tak de la timbul fitnah kalau kau kemana-mana nanti.. lagipun dah ramai orang Nampak kau berendut dekat kebun tu. Hah.. sebelum jadi apa-apa, baik langsung dulu..” Mak Som menjelaskan kebaikan kahwin cepat. “hmmm.. yela…” pendek jawapan Jep.

“senangnya dalam hati… aku dah nak berbini.. lepas ni tak sorang lagi.. dah tak rasa sunyi…” Jep bernyanyi gembira meraikan penamat hari bujangnya tidak lama lagi. “haish… tak sabar pulak rasanya.. haish… malam pertama… haish… sabar.. sabarr.... nak jumpa tak boleh pulak..” sambungnya lagi. “Jep.. uit..” Shuib menegur.. “oi.. apehal .? kau ni ada je la.. pantang aku sorang..” Jep merungut. “eh kau lupa ke hape.? Aku kerja sini kan.. kau ni pun.. belum tua dah nyanyuk..” Shuib menjawab. “tu haa.. ada orang nak jumpa kau.. kat sana tu” sambungnya lagi. “sapa pulak nak jumpa aku tengah hari buta ni… hadoi…” bentak Jep. “eleh.. kalau dah jumpa karang.. jangan nak pujuk-pujuk aku pulak..” Shuib merajuk. Jep terus ke arah susuk tubuh yang masih menjadi tanda tanya. “ehem..” pendek sahaja teguran Jep. “Jep…” SHima terus menerkam ke arah Jep yang sedang berhadapan dengannya itu. “woi.. Shima.! Kau buat ape ni.! Aduhh… ehh lepas lahh… Shuib…!!!!! Tolong aku Ib..!!! aduiii… Shima…” Jep meronta minta dilepaskan. “tak nak.. Shima tak nak lepaskan Jep. Shima nak Jep kahwin dengan Shima. Tak kira lah kena tangkap basah ke apa ke janji Shima dapat Jep. Tak kira..!!” Shima memberontak. Tiba-tiba Jep pengsan dan perkara itu membuatkan Shima ketakutan. “Jep..! bangun lah… kita nak kahwin ni kan.. bangun la Jep..” Shima seperti orang hilang akal. Tiba-tiba Shuib muncul bila mendengar Jep memekik namanya tadi. “Jep..! apehal la pulak kau ni.. aku dah agak mesti ada benda tak baik jadi ni.. Shima..! kau buat apa kat Jep ha.? Sampai dia pengsan macam ni.. kau kejut dia sekarang.. kejut..!” Shuib memarahi Shima yang ketakutan.
“ala.. mana la aku tau dia nak jadi macam ni. Ala.. Shuib. Kejut la dia.. aku nak kahwin dengan dia..” Shima merengek seperti orang hilang akal. Kebetulan Hj.Sarip lalu depan kabun Jep. “Ya Allah.. kenapa ni.. apa dah jadi ni.. Shuib.. kenapa ni.?” Hj.Sarip menyoal Shuib yang sedang gelabah itu. “saya tak tau tok.. Tanya la Shima ni. Apa dia dah buat dekat Jep sampai dia boleh pengsan macam ni.” Shuib menunjuk kea rah Shima. “astghfirullahalazim.. dah.. mari kita bawak dia balik.” Hj.Sarip membantu Shuib mengangkat Jep untuk dibawa pulang. Sampai di rumah, mereka berkumpul termasuk Icha yang berhampiran dengan Jep. Hj.Sarip mengambil segelas air dan membacakan sedikit zikir dan disapu ke muka Jep.

 “arrgghh..!!! lepaskan aku..!! jangan buat aku macam ni..!! Shuibb..!!! tolong aku..!!” Jep meracau tiba-tiba. “Jep.. sabar la nak…” Mak Som membantu menenangkan Jep. “Jep.. sabar ya.. Icha ni..” Icha turut membantu Mak Som menenangkan Jep. “huuhh.. huhh… mak… Jep tak nak dia mak.. Jep nak Icha je.. dia datang kat Jep tadi kan lepas tu dia peluk Jep sampai pengsan. Huuhh.. huhhh…” tiba-tiba dia diam. “kenapa nak.? Sape yang peluk kau sampai kau pengsan ni.?” Soal Mak Som. “mak.. macam mana orang boleh sampai rumah ni.?” Jep kehairanan dan tertanya-tanya bagaimana dia boleh sampai dirumah sedangkan dia berada di kebun. “tadi Shuib dengan Hj.Sarip yang tolong kau.. diorang bawak kau balik.. nasib baik Hj.Sarip lalu kat depan kebun, kalau tak entah apa nasib kau nak.. alahai…” Mak Som mengeluh. “mak.. SHuib mana mak.. mak.. tadi kan… huhhh… tak boleh bayangkan lah mak.” Jep menggigil. “apa dah jadi sebenarnya.? Cuba cerita kat mak..” Mak Som cuba memujuk Jep untuk menceritakan hal sebenar. “mak.. Icha.. Ib.. tok.. sebenarnya ni semua kerja Shima. Dia cuba peluk saya sampai saya pengsan. Dia ajak saya kahwin. Dia tak bagi saya kahwin dengan Icha, tok.. saya dah cakap yang tak nak kahwin dengan dia tapi dia ugut saya tok.. saya tak tau macam mana saya boleh pengsan. Rasanya dia peluk tadi tak de la kuat mana.” Jep masih dalam keadaan hairan. “astaghfirullahalazim… kenapa dia buat macam tu.” Hj.Sarip istighfar. Sungguh dia tidak menyangka anak ketua kampong sanggup buat macam tu. “taka pa lah.. macam ni. Biar tok dengan Shuib pergi ke rumah Shima untuk selesaikan hal ni. Kalau kita biar takut berlarutan sampai si Jep dengan Icha ni kahwin.” Terang Hj.Sarip. “baiklah tok. Saya pun setuju.” Sambut Mak Som. Jep dan Icha berpandangan sesama sendiri. Hj.Sarip dan Shuib terus ke rumah ketua kampong. “assalamualaikum.. Zaman..” Hj.Sarip memberi salam. Shuib hanya mengikut dari belakang. “waalaikumussalam.. eh. Haji… Shuib.. masuk la. Silakan.” Sambut ketua kampong. “Zaman.. aku datang sini ada hal penting nak bincang dengan kau.” Hj.Sarip berhenti mengambil nafas. Rasa tidak sampai hati pun ada. “hal apa tu Haji. Macam penting sangat je bunyinya.” Ketua kampong cuba meneka. “macam ni. Mintak maaf lah kalau hal ni buat kau marah. Tapi ni penting sangat sebelum perkara lain jadi pulak.” Hj.Sarip memandang Shuib dan Shuib memberi tanda setuju. “macam ni. Anak kau dah buat perkara yang tak elok pada si Jep.” Sambung Hj.Sarip. ketua kampong terkejut. “perkara tak elok.? Apa dia Haji.? Saya tak tau pun pasal tu.” Dia menyoal. “gini.. Shima selalu kacau si Jep. Tak kira lah budak tu dekat mana, anak kau dapat je cari. Lepas dia dapat berita yang cucu aku si Icha tu nak kahwin dengan Jep, dia mengaruk.. dia cari Jep dekat kebun. Dipeluknya budak tu sampai pengsan dibuatnya.” Terang Hj.Sarip. “astaghfirullahalazim.. Haji.. betul ke apa yang saya dengar ni.? Ya Allah… apa nak jadi dengan dia ni. Shima..!” pekik ketua kampong. Shima keluar dengan perasaan takut. “ya ayah.. SHima datang ni” sambut Shima perlahan. “apa kamu dah buat ni.?kamu tau tak kamu dah memalukan ayah.? Apa kamu dah buat pada Jep.? Cakap dengan ayah sekarang.!” Perasaan marah dah membuak dalam diri membuatkan Shima bertambah takut. “sssee.. sssebenarnya.. Jep yang nak perkosa Shima. Lepas tu Shima tumbuk dia sampai pengsan. Haa.. macam tu la..” tokok Shima agar ayahnya percaya. “eh kau jangan tipu la.. aku Nampak dengan mata kepala aku sendiri kau yang buat dia pengsan. Eh kalau betul la kau tumbuk dia, mana kesan lebam kat muka dia. Tak de la.. kan tok kan..” Shuib tiba-tiba bersuara membuatkan semua yang berada disitu tergamam. “errr.. saya cuma pertahankan Jep.. pertahankan yang benar.. kan fitnah itu lebih besar doasanya dari mencuri.. kan..” dia malu sendiri dengan tindakannya itu. “betul tu SHuib.. Shima.. baik kamu berterus-terang.. tok tak marah.. Cuma tok nak tau dari mulut kamu sendiri perkara yang sebenar.” Hj.Sarip menegur dengan cara baik. “sebenarnya Shima yang peluk Jep sampai pengsan. Jep tak salah dalam hal ni. Shima cuma tak nak Jep kahwin dengan Icha tu. Shima sayangkan Jep. Shima nak kahwin dengan Jep..” rengek Shima. “Ya Allah… Shima.. kamu tau tak perkara yang kamu dah buat tu salah. Dah la kamu buat dia pengsan, kamu tambah lagi dengan fitnah. Shima.. Shima.. apa nak jadi dengan kamu ni..” ketua kampong berasa malu dengan sikap anaknya itu. “Shima sayangkan Jep.. itu je.. dah dia tak nak terima Shima, Shima dah tak de jalan lain. Shima buat la macam tu..” sambung SHima dalam nada yang rendah. “tengok tok.. saya dah cakap dah.. dia ni.. ehhh…. Pakal je la kau ni perempuan tau.. sabar je la.. tok..” Shuib menyampuk. “macam ni la.. tok  sebagai imam dalam kampong ni, tok nak nasihat sikit dekat Shima. Dengar ya.. Shima anak yang baik. Tok tau.. tapi sikap SHima yang buat orang tak nak dekat dengan Shima. Cuba Shima ubah sikap, jadi gadis yang lemah-lembut, sopan-santun.. kata gadis kampong. Gadis kampong penuh dengan adat dan ciri-ciri kewanitaannya. Ya.. tok pasti ramai lelaki yang nak dekat Shima. Lagi satu, jodoh pertemuan semua kerja tuhan.. kita Cuma merancang saja. Kalau Jep bukan jodoh Shima, mungkin dengan orang lain.. haa.. dengan Shuib ke kan.. mana lah tau..” Hj.Sarip menjeling ke arah Shuib yang tersedak ketika menghirup air the yang disediakan. Dia tersenyum melihat gelagat anak muda itu.
“dah la Shima.. berubah la.. Jep tu bukan untuk kau.. jodoh dia dengan Icha.. jangan melawan ketentuan.. tak baik tau.. redha… mungkin lepas ni ada yang lebih baik untuk kau..” nasihat Shuib. Shima hanya tertunduk malu. “saya minta maaf tok, Shuib, ayah.. saya janji, lepas ni saya akan berubah jadi yang lebih baik. Maafkan Shima ya ayah..” Shima mencium tangan ayahnya. Hj.Sarip dan Shuib tersenyum melihat keadaan itu.

Dirumah, Jep dan Icha berbincang tentang masalah tadi. “awak… Jep minta maaf sebab dah lukakan hati awak.. Jep tak sangka pun benda nak jadi macam ni. Jep mintak maaf aeh..” pujuk Jep. Icha hanya tersenyum melhat gelagat Jep yang cuba memujuknya dari tadi. “Jep tak salah pun. Jep dah cuba pertahankan apa yang patut.” Jelas Icha. Jep tersenyum lebar mendengar kata-kata Icha. “sungguh baik hatimu Icha.. haish… alahai cinta… macam ni rupanya rasa dia.. hish… seronoknya…” Jep mengeliat kebelakang tapi malang nasib nya kerana terjelupuk jatuh dek kerana dia mengeliat tadi. “Jepp…!!” Icha menjerit.. Mak Som cepat-cepat mendapatkan Icha. Hj.Sarip dan Shuib yang baru sahaja sampai lekas berlari mendapatkan Jep yang dah terlentang dan pengsan sekali lagi. Tapi mereka semua terkejut melihat Jep pengsan sambil tersenyum. Lucu benar sikap Jep. Tidak lama selepas kejadian itu, mereka pun disatukan dan hidup bahagia. Begitulah al-kisah Jep dan cintanya Icha. Seronok menyulam cinta walaupun baru sahaja sebulan lebih berkenalan. Cinta disulam dengan perkahwinan yang suci dan direstui. Tidak kiralah berapa lama cinta itu dipupuk namun sebuah percintaan itu lebih indah sekiranya dihiasi dengan perkahwinan, kejujuran dan keikhlasan. Semoga cinta mereka kekal dan dirahmati.