Music Box Of Me

Tuesday, August 27, 2013

diari hati untuk mu..

hati masih rindu...
tapi kau tak mungkin rasa apa yang aku rasa..
cinta yang aku semai tanpa kau ketahui..
hanya tersimpan elok didalam hati...
setiap kali aku berdepan dengan kau..
aku sorok sehabis mungkin perasaan ini...
dan tak mungkin sekali aku luahkan pada kau yang aku sayang...

tiap kali aku menangis, kau keringkan air mata aku...
tiap aku dalam kegelisahan, kau tenangkan hati aku...
sejak kau hadir, aku dapat rasa kebahagiaan itu...
tapi aku tak mungkin dapat memiliki hati kau...
kerana aku tahu, kau bukan untukku...
terkadang aku termenung mengenangkan perasaan yang bermain dihati...
tapi aku terus bersabar...
dan aku akan terus cuba sedaya upaya untuk buang perasaan itu...
kerana aku tahu...
kau tak mungkin akan jadi milik aku...
tak mungkin... tak akan...
aku yakin akan itu...
biarlah perasaan ini hanya menjadi penghias hati...
biarlah kau menjadi milik aku...
walaupun ia sekadar dalam mimpi...
dan biarlah ia menjadi mimpi indah dalam hidup...

Ya Allah...
aku redha kerana aku tahu dia tak akan jadi milik aku...
aku serahakan kepadamu takdir hidup aku...
kau berilah kebahagiaan kepada dia...
temukanlah dia dengan seseorang yang mampu bahagiakan dia...
sesungguhnya aku cintakan dia...
dan aku mahu dia bahagia...
aminn....


sayang....
kau akan sentiasa berada dihati aku...
kerana engkau telah berjaya menawan cinta aku...
terima kasih kerana sentiasa ada bersama aku..
dan aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau...
biarlah aku simpan perasaan ini...
dan aku mahu kau tahu yang aku sentiasa ada untuk kau...