Music Box Of Me

Wednesday, April 17, 2013

Assalamualaikum... :)

Bismillahirahmanirrahim...

mulakan segalanya dengan bismillah...semoga hari anda diberkati oleh-Nya.. apa pendapat anda tentang orang baik dan orang jahat.?? adakah yang baik akan selamanya baik dan yang jahat akan selamanya jahat???

tak semestinya kan.?? kita sebagai manusia penuh dengan kesilapan... antara sedar dengan tidak, kita dah banyak lakukan kesilapan kecil dan mungkin juga kesilapan besar.. seperti  penulis juga, pernah lakukan kesilapan.. yang mana kita sedar perbaikilah..yang tidak sedar, mohon taubat kepada Allah S.W.T.. seperti kata-kata hikmah itu, renungkan seketika... pernah ke kita sentisa berkelakuan baik.?? tidak... tak mungkin kan.?? pasti ada walaupun sikit... balik pada zaman lampau, masa muda-muda dahulu..ya.. ketika itu kita masih kecil dan tidak mengerti apa-apa..tapi pasti kita sedar kan kesilapan yang kite pernah lakukan.?? penulis juga begitu...

sahabat..
mungkin kesilapan itu kita pandang remeh.. tapi pernahkah kita terfikir yang kita pernah melukakan hati ibu bapa kita.??? pernah tak kita terfikir sejenak...?? masa itu kita tak fikir pun bahawa ibu dan ayah sangat kecewa dengan kita cuma kita tidak pernah menyedari kesilapan tersebut telah pun melukakan hati mereka... sekiranya tiba-tiba terlintas perkara yang tersebut, cepat-cepatlah minta maaf kepada mereka.. itu penting ye..

kita pandang pula pada sekeliling kita...siapa sahaja...mesti ada yang melakukan kesilapan.. seperti yang penulis kata tadi... manusia tidak ada yang sempurna sifatnya.. sekiranya berlaku seperti itu, tegurlah dengan cara yang baik.. bersama kita lakukan yang lebih baik. lakukan kesilapan biarlah kita akui nya.. ini bagi mengelakkan lebih ramai musuh dari kawan... dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu...biarlah kita sedar kesilapan itu agar kita mampu perbaikinya pada yang lebih baik...

wallahualam.. :)

No comments:

Post a Comment